1.6 juta penjawat awam mahu naik gaji

1.6 juta penjawat awam mahu naik gaji

ADNAN Mat (barisan depan, tengah) bergambar bersama penjawat awam selepas majlis Perhimpunan Penjawat Awam Negeri Terengganu di UMT, Kuala Nerus, Terengganu, hari ini. - UTUSAN/PUQTRA HAIRRY ROSLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA NERUS: Seramai 1.6 juta penjawat awam menuntut keadilan daripada kerajaan dengan melaksanakan segera Kenaikan Gaji Tahunan (KGT) berikutan terkesan dengan kenaikan kos saraan hidup. 

Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs), Datuk Adnan Mat berkata, penjawat awam mengharapkan kerajaan dapat meluluskan 

dua tahap Gaji Tahunan (KGT) dalam tempoh segera.

Menurutnya, perkara tersebut mengambil kira pendapatan semasa penjawat awam yang dilihat tidak mencukupi untuk menampung kos sara hidup semakin meningkat.

Malah, katanya, Cuepacs sebelum ini juga merayu kerajaan melaksanakan segera tuntutan menaikkan dua tahap Kenaikan Gaji Tahunan (KGT) dan gaji minimum penjawat awam RM1,800 serta sistem saraan baharu  menggantikan Sistem Saraan Malaysia (SSM).

“Tiga tuntutan yang dikemukakan Cuepacs itu penting dalam membantu penjawat awam yang kini terkesan akibat kenaikan harga barang,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis Perhimpunan Penjawat Awam Negeri Terengganu di Universiti Malaysia Terengganu di  sini hari ini.

Adnan berkata, Cuepacs berkata, pelaksanaan gaji minimum itu akan memudahkan kerajaan mencapai sasaran pendapatan isi rumah RM10,000 sebulan bagi mencapat matlamat menjadikan Malaysia negara berpendapatan tinggi menjelang 2025 dalam Rancangan Malaysia Ke-12.

Mengenai cadangan sistem saraan baharu, jelasnya, Sistem Saraan Malaysia (SSM) sedia ada telah dilaksanakan sejak kira-kira 20 tahun dan dilihat tidak berkesan dalam membantu penjawat awam dalam situasi masa kini.

“Cuepacs mengharapkan Perdana Menteri mengumumkan tiga tuntutan itu pada Majlis Perhimpunan Perdana Penjawat Awam yang dijangka diadakan Ogos depan,” katanya.

Dalam pada itu, Adnan menambah, Cuepacs akan memperhalusi cadangan kerajaan untuk melakukan kajian terhadap pengenalan cuti haid bagi pekerja wanita di negara ini.

“Ia sesuatu yang baru. Kami akan melakukan perbincangan berhubung cadangan itu kerana ia turut melibatkan kepentingan penjawat awam wanita.

“Bilangan penjawat awam wanita agak ramai dengan 360,000 orang sahaja berada di dalam kumpulan pembuat keputusan,” ujarnya. –UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya