Warga emas maut, kebakaran bangunan di Jonker Walk

Warga emas maut, kebakaran bangunan di Jonker Walk

ANGGOTA polis mengangkat mayat wanita warga emas yang maut dalam kejadian kebakaran di Jalan Hang Kasturi, Jonker Walk, Melaka. - UTUSAN/DIYANATUL ATIQAH ZAKARYA 
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Seorang wanita warga emas maut dalam kebakaran di sebuah rumah kedai dua tingkat di Jalan Hang Kasturi, Jonker Walk di sini, malam tadi. 

Dalam kejadian kira-kira pukul 9.30 malam itu, mangsa, Koo Kim Foong, 75, meninggal dunia selepas melecur antara 60 hingga 70 peratus di bahagian paha dan perutnya. 

Timbalan Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Superintenden Raiz Mukhliz Azman Aziz berkata, maklumat awal diterima daripada orang awam yang menyedari kebakaran berkenaan. 

Katanya, pihaknya dimaklumkan terdapat seorang wanita warga emas yang tinggal di premis tersebut seorang diri. 

“Pasukan polis dan bomba ke lokasi sebelum mendapati premis itu terbakar kira-kira 80 peratus. 

“Kebakaran dapat dikawal oleh pasukan bomba dan pemeriksaan lanjut menemukan mayat wanita warga emas melecur antara 60 hingga 70 peratus di bahagian paha dan perut,” katanya ketika ditemui pemberita di lokasi kejadian. 

Mengulas lanjut, beliau memberitahu, anak mangsa yang turut ke lokasi mendakwa ibunya tinggal seorang diri di premis itu dan keluarganya menyewa di bangunan itu selama 70 tahun. 

Katanya, mayat mangsa dihantar ke Unit Forensik Hospital Melaka dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN