Warga emas jual 20,000 anak pokok balak setahun

Warga emas jual 20,000 anak pokok balak setahun

TIJAH Ali mengusahakan semaian anak pokok balak di belakang rumahnya di Kampung Kuala Jeneris, Hulu Terengganu, Terengganu. - UTUSAN/NOOR HAYATI MAMAT
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

HULU TERENGGANU: Seorang warga emas gigih mengusahakan semaian anak pokok balak di belakang rumahnya sejak 22 tahun lalu bagi mengisi masa lapang sekali gus menjana pendapatan tambahan.

Tijah Ali, 67, dari Kampung Kuala Jeneris, di sini, berkata, dia mampu memasarkan sehingga 20,000 anak pokok balak setahun kepada pelanggan tetap iaitu pengusaha pusat semaian di kampung berkenaan.

Menurutnya, kudrat yang kian terbatas menyebabkan dia kini cuma usahakan semaian tiga jenis anak pokok iaitu meranti tembaga, meranti punai dan rambai daun berbanding lebih 10 spesies sebelum ini.

“Ketiga-tiga jenis anak pokok ini lebih cepat tumbesarannya berbanding yang lain. Saya dapat jualnya dua pusingan setahun apabila ketinggian capai kira-kira 0.3 meter dengan harga RM0.70 sepohon,” katanya ketika ditemui di sini, semalam.

Menurutnya, dia mendapatkan benih anak pokok daripada pembekal sebelum melalui beberapa proses semaian, antaranya ‘dikuarantin’ antara tempoh sebulan hingga dua bulan bergantung kepada cuaca bagi tujuan pengewapan.

Katanya, anak pokok itu kemudian dibiarkan di kawasan lapang untuk tumbesaran dan semua kerja-kerja berkaitan dilakukan seorang diri.

“Selain mengisi masa terluang, saya juga memperoleh pendapatan sampingan,” katanya.

Tijah memberitahu, setiap hari dia memulakan kerja di tapak semaian pukul 9 pagi dengan dibantu suaminya, Awang Pipir, 70, serta ahli keluarganya.

“Pekerjaan yang saya lakukan itu adalah sumbangan kecil bagi lestarikan alam,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.