Israel kembali serang selatan Lubnan

Israel kembali serang selatan Lubnan

KEPULAN asap kelihatan dari perkampungan Taybeh di selatan Lubnan berhampiran sempadan yang dirakamkan dari utara Israel.- AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BEIRUT: Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu mengarahkan serangan baharu terhadap Hizbullah selepas menuduh kumpulan itu melanggar gencatan senjata yang dilanjutkan awal minggu ini.

Media kerajaan Lubnan melaporkan beberapa siri serangan baharu oleh Israel di selatan negara itu di sekurang-kurangnya empat lokasi di selatan, termasuk di daerah Bint Jbeil, Tyre dan Nabatieh selepas serangan awal  mengorbankan enam orang, walaupun gencatan senjata antara Israel dan Hizbullah baru sahaja dilanjutkan.

Tentera Israel mendakwa mereka ‘menghapuskan’ beberapa anggota Hizbollah, termasuk yang berada dalam kenderaan membawa senjata serta penunggang motosikal.

Memuatkan artikel berkaitan…

Trump sebelum ini mengumumkan lanjutan gencatan senjata selama tiga minggu dan menyuarakan keyakinan terhadap peluang damai selepas bertemu wakil Israel dan Lubnan.

Namun, Ketua Blok Parlimen Hizbullah, Mohammed Raad menggesa Lubnan menarik diri daripada rundingan dan memberi amaran sebarang perjanjian tidak akan mendapat sokongan nasional. Netanyahu pula menuduh Hizbollah cuba mensabotaj proses damai.

Seorang wartawan AFP melaporkan sebahagian penduduk melarikan diri dari pinggir selatan Beirut, kubu kuat Hizbullah yang sering dibom sepanjang perang selepas kenyataan Netanyahu.

Ia juga melaporkan satu letupan kuat di Khiam, sebuah bandar strategik di timur sempadan, di mana tentera Israel sebelum ini didakwa secara sistematik memusnahkan rumah dan bangunan lain.

Tentera Israel pada Sabtu sekali lagi memberi amaran kepada penduduk supaya tidak kembali ke puluhan lokasi di selatan Lubnan dalam kawasan garisan kuning, iaitu zon selebar kira-kira 10 kilometer di sepanjang sempadan.

Pada Jumaat, ahli Parlimen Hizbollah, Ali Fayad berkata, kumpulan itu berhak bertindak balas terhadap sebarang pencerobohan Israel, menegaskan lanjutan gencatan senjata itu ‘tidak masuk akal’ selagi tindakan bermusuhan berterusan.-AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini