Veteran ATM tuntut hak, pencen

Veteran ATM tuntut hak, pencen

MIOR Rosli Mior Mohd. Jaafar berucap di hadapan veteran tentera dalam Reunion Perjumpaan Bekas Perajurit seMalaysia 6622 yang berlangsung di Tugu Negara, Kuala Lumpur, hari ini. - FOTO/MUHAMAD IQBAL ROSLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) mengambil jalan untuk mengadakan perhimpunan secara aman selepas lapan tahun cuba menegakkan hak veteran mengikut saluran betul. 

Bagi pesara Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), Mejar Meor Rosli Meor Mohd. Jaafar, desakan ini bukanlah bermotifkan politik dan ia bertujuan untuk mendapatkan tumpuan Kementerian Pertahanan supaya tidak terus mengetepikan hak veteran ATM. 

“Saya telah berjumpa ramai ahli politik serta pemimpin tidak kira dalam kerajaan ataupun pembangkang, namun di sini saya hari ini masih berjuang menegakkan hak kami. 

“Kami adalah kumpulan yang tidak mempunyai kaitan dengan politik. Sekitar 330,000 veteran yang masih dinafikan hak mereka dan daripada jumlah itu, sekitar 135,000 yang tidak mempunyai pencen. 

“Perhimpunan hari ini bukan satu bentuk ugutan terhadap Kementerian Pertahanan tetapi sudah lapan tahun saya menggunakan saluran betul untuk perjuangan ini tapi tiada hasil,” katanya dalam sidang media di Tugu Negara. 

Veteran ATM mengemukakan tiga tuntutan utama iaitu penyelerasan pencen, pemberian pencen kepada veteran yang tidak menerima pencen dan buka ruang untuk beri pengampunan kepada veteran ATM supaya mereka dapat menerima pencen serta diiktiraf sebagai veteran. 

Dalam perhimpunan secara aman itu, kira-kira 500 veteran hadir, malah terdapat juga orang awam turut serta bagi bersolidariti bersama bekas-bekas perajurit negara. 

Bagi pesara ATM, Kamaruddin, 76, kadar pencen yang diterima olehnya sekarang adalah lebih rendah berbanding pesara tentera berpangkat rendah yang pencen selepas tahun 2013. 

“Disebabkan tiada penyelarasan pencen bagi semua veteran ATM, berlakulah jurang ketara terhadap jumlah pencen yang diterima.

“Kita merupakan barisan yang menentang komunis namun jasa tersebut seolah-olah tidak dihargai langsung,” katanya. 

Sementara itu, pesara ATM, Johari Abdullah, 63, yang kini merupakan Orang Kurang Upaya (OKU) meluahkan kesedihannya apabila pemimpin negara tidak mengendahkan desakan mereka. 

“Saya OKU dan perbelanjaan saya juga tinggi. Saya nak makan pun perlu berkira-kira sebab pencen saya tak banyak. Saya merupakan pesara pangkat sarjan. 

“Saya merayu supaya Yang di-Pertuan Agong (YDPA), perdana menteri dan menteri di Kementerian Pertahanan untuk mengambil maklum perkara ini,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya