Tok Mat pernah ketuai rundingan minta Zahid berundur - Tajuddin

Tok Mat pernah ketuai rundingan minta Zahid berundur – Tajuddin

TAJUDDIN Abdul Rahman menunjukkan gambar pemimpin-pemimpin UMNO yang hadir dalam perjumpaan di rumahnya, dalam sidang akhbar, baru-baru ini.- UTUSAN/FAIZ ALIF AHMAD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Gerakan supaya Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berundur daripada jawatan Presiden UMNO pernah dibincang kepemimpinan parti pada Mei 2020.

Mendedahkan perkara itu, bekas Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman berkata, gerakan tersebut diketuai Datuk Seri Mohamad Hasan dan turut disertai Datuk Seri Najib Tun Razak ketika itu.

Katanya lagi, perbincangan berkenaan dibuat bagi menyatakan kebimbangan kes-kes mahkamah yang terpalit pada Presiden itu sekali gus boleh menjejaskan imej UMNO.

“Tok Mat dan Bossku (Najib) dan lain-lain yang saya sebutkan tadi kita nak buat satu memorandum. Ia pada Mei 2020 dan Perhimpunan itu dibuat di rumah saya.

“Kita nak minta dia turun secara baik. Kita tak naklah tendang-tendang. Minta kita buat tinjauan ketua-ketua bahagian.

“Berapa ketua bahagian yang setuju? Saya ingat 130 orang ketua bahagian. Perak 18 orang ketua bahagian. Selangor 17 ke apa,” jelasnya pada sidang media di Eastin Hotel, hari ini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.