Tangani defisit keyakinan keupayaan negara 

Tangani defisit keyakinan keupayaan negara 

AL-SULTAN ABDULLAH RI’AYATUDDIN AL-MUSTAFA BILLAH SHAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Malaysia memerlukan sebuah kerajaan stabil dan didukung sistem penyampaian perkhidmatan serta tadbir urus cekap bagi menangani defisit keyakinan yang wujud terhadap keupayaan negara ini.

Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bertitah, sebarang defisit keyakinan terhadap keupayaan negara hendaklah ditangani supaya Malaysia dapat bangkit semula di persada dunia.

Titah Seri Paduka, bagi mencapai maksud tersebut, negara perlu mempunyai sistem penyampaian  telus, berintegriti, mesra perniagaan dan mesra rakyat di samping memerlukan sebuah kerajaan yang stabil.

“Demi merancakkan pertumbuhan ekonomi dan menjadikan negara sebagai pilihan pelaburan utama di rantau ini, menuntut persefahaman dan pengorbanan semua pihak untuk mewujudkan landskap politik yang stabil dan berterusan.

“Beta benar-benar berharap agar segala percaturan politik dapat diselesaikan segera demi untuk mengelak negara dari terus terjerumus ke kancah defisit keyakinan yang boleh menjejaskan imej dan masa hadapan negara,” titah Seri Paduka sempena Sambutan Ulang Tahun Keputeraan Yang di-Pertuan Agong di Istana Negara, hari ini.

Al-Sultan Abdullah menzahirkan kesyukuran dengan prestasi negara pada 2021 apabila mencatatkan pertumbuhan ekonomi semakin baik dan terhasil menerusi strategi pengurusan kesihatan berkesan serta persefahaman politik, sekali gus membolehkan tanah air kembali mengorak langkah menjayakan agenda pembangunan.

Seri Paduka sukacita melihat rakyat berbilang bangsa dan agama  positif dalam menjalani kehidupan seharian ekoran situasi Covid-19 semakin pulih di samping negara kini memasuki ke fasa peralihan ke endemik.

“Beta turut mengalu-alukan pembukaan sempadan negara bermula 1 April 2022. Langkah ini diambil setelah kerajaan beta mengimbangi  strategi pengurusan kesihatan berbanding pemulihan semula ekonomi negara yang terjejas sebelum ini.

“Beta berkeyakinan pembukaan sempadan negara mampu menjana dan memulihkan semula ekonomi negara. Bagi memastikan kelangsungan dan ketahanan ekonomi negara pasca pandemik Covid-19, kerajaan haruslah terus bijak mengatur langkah dan mengambil peluang dengan meneroka pelbagai strategi baharu yang berinovatif,” titah Seri Paduka. – UTUSAN

 

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN