Suami isteri tinggalkan mayat anak selepas terbabit kemalangan

Suami isteri tinggalkan mayat anak selepas terbabit kemalangan

poster kemalangan
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TAMPIN:  Sepasang suami isteri sanggup meninggalkan mayat anak lelaki mereka yang meninggal dunia selepas ketiga-tiganya terlibat dalam kemalangan di Jalan Sungai Kelamah-Jelai-Gemas, malam kelmarin.

Pasangan suami isteri masing-masing berusia dalam lingkungan 30-an dan 20-an itu difahamkan melarikan diri dari lokasi kejadian menggunakan sebuah kereta pacuan empat roda milik pengguna jalan raya lain yang ingin membantu keluarga terbabit.

Kemalangan berlaku kira-kira pukul 11.30 malam itu apabila lelaki itu bersama isteri dan kanak-kanak lelaki berusia dua tahun dalam perjalanan dari Felda Jelai ke Felda Bukit Jalor di sini.

Ketua Polis Daerah Tampin, Superintenden Anuwal Ab Wahab, berkata, sebaik sahaja tiba di lokasi kejadian, Proton Iswara yang dipandu lelaki tersebut cuba memotong sebuah lori namun tiba-tiba ia gagal dikawal lalu terbabas ke kanan jalan.

“Kenderaan tersebut telah berpusing beberapa kali menyebabkan bergesel dengan lori tersebut. Akibat kemalangan tersebut, kedua-dua penumpang kereta telah tercampak keluar daripada kenderaan.

“Seorang kanak-kanak lelaki telah tercampak di tengah jalan dan telah digilis oleh sebuah kenderaan yang tidak dapat dikenal pasti.

“Lelaki dan wanita yang terbabit kemalangan tersebut telah melarikan sebuah kenderaan jenis pacuan empat milik pengguna jalan raya yang memberi bantuan di tempat kejadian,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Ujar Anuwal, pasangan tersebut telah berjaya ditangkap di rumah mereka di Felda Bukit Jalor.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.