Siasat isu penyelewengan pengambilan pekerja asing - Utusan Malaysia

Siasat isu penyelewengan pengambilan pekerja asing

indonesia
PENAWARAN tenaga kerja negara kekal p[ositif. - GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Polis diminta menyiasat penglibatan mana-mana pihak dalam unsur penyelewengan dan salah guna kuasa berhubung penetapan kuota hanya 25 agensi dibenarkan merekrut pekerja asing Bangladesh.

Presiden Pertubuhan Ikatan Usahawan Kecil dan Sederhana Malaysia (IKHLAS), Mohd. Ridzuan Abdullah berkata, ia susulan kenyataan Menteri Kebajikan Usahawan dan Pekerjaan Luar Negeri Bangladesh, Imran Ahmad menafikan penetapan kuota itu sekali gus menegaskan kerajaan atau Perdana Menteri Bangladesh tidak pernah bersetuju atau mengehadkan kuota agensi merekrut pekerja.

Menurut beliau, perkara itu perlu dipandang serius kerajaan kerana ia mendedahkan wujudnya sindiket besar-besaran di peringkat antarabangasa yang mengawal kemasukan pekerja asing negara tersebut dan boleh menjejaskan imej negara.

“Sebelum ini kita membuat laporan polis pengambilan pekerja Bangladesh berjumlah 500,000 orang kerana ia boleh mendatangkan bahaya kepada negara dan rakyat dan susulan itu laporan polis sekali lagi dibuat berhubung penglibatan kartel mengawal kemasukan pekerja negara berkenaan.

“Kami juga minta polis siasat isi kandungan artikel akhbar Bangladesh yang turut menyebut nama-nama yang terlibat,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Terdahulu IKHLAS bersama NGO Gabungan membuat laporan polis di Balai Polis Dang Wangi  Kuala Lumpur, semalam.

Redzuan berkata, pada masa ini sudah terdapat 3 juta warga Bangladesh di negara ini seperti didedahkan oleh Menteri Sumber Manusia, Datuk M Saravanan sendiri.

Justeru, beliau mempersoalkan apakah rasionalnya membawa masuk sejumlah 500,000 orang lagi warga negara itu sekali gus mewujudkan satu bangsa baharu di negara ini yang dipercayai menimbulkan masalah kepada orang tempatan apabila mereka menguasai perniagaan dan mengahwini rakyat negara ini bermotifkan tertentu.

Beliau berkata, pihaknya memberi tempoh dua minggu kepada pihak berkuasa untuk menjalankan siasatan sebelum isu berkenaan akan dibawa kepada Pertubuhan Buruh Antarabangsa (ILO) selagi pemimpin-pemimpin negara ini mengambil tindakan berdiam diri.

Minggu lalu, akhbar Bangladesh, The Business Post memetik Menteri Kebajikan Ekspatriat dan Pekerjaan Luar Negara Bangladesh, Imran Ahmed yang berkata, kerajaannya termasuk Perdana Menteri Sheikh Hasina tidak terbabit dalam memutuskan atau memberi kelulusan jumlah syarikat dibenarkan untuk menghantar pekerja ke Malaysia.

Imran turut mengesahkan bahawa kerajaannya tidak meletakkan sebarang had jumlah syarikat yang boleh terbabit bagi menghantar pekerja negara itu.

Ia berikutan kenyataan Saravanan yang mendakwa kedua-dua pemimpin Kerajaan Bangladesh itu sudah meluluskan 25 agensi merekrut pekerja untuk dihantar ke negara ini.

Bagaimanapun, Saravanan menyangkal dakwaan pemimpin negara itu terbabit dalam urusan berkenaan dan ia adalah palsu dan langsung tidak berasas sama sekali. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN