Sedia timbang permohonan peniaga naikkan harga jualan makanan

Sedia timbang permohonan peniaga naikkan harga jualan makanan – PPDNHEP

A. MOGAN (tengah) menunjukkan alat timbang tidak memenuhi syarat yang digunakan oleh seorang peniaga di sebuah pasar raya di Seberang Jaya, Pulau Pinang hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BUTTERWORTH: Pejabat Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (PPDNHEP) Pulau Pinang bersedia menimbang permohonan peniaga yang meminta kebenaran menaikkan harga jualan makanan dan minuman di premis masing-masing.

Ketua Pegawai Penguat kuasa PPDNHEP, A. Mogan berkata, kebanyakan peniaga yang memohon mendakwa harga bahan mentah yang diterima daripada pembekal sentiasa berubah-ubah sehingga memberikan tekanan terhadap perniagaan mereka.

“Hasil pemantauan kita mendapati rata-rata pemilik premis perniagaan khususnya melibatkan makanan masih mengekalkan harga asal walaupun tidak dapat dinafikan ada sesetengah premis yang memohon kebenaran untuk menaikkan harga.

“Bagaimanapun, kita nasihatkan peniaga mengekalkan terlebih dahulu harga mereka dan jika hendak naikkan juga, maka, kita akan benarkan dengan syarat kenaikan harga itu munasabah,” katanya.

Beliau ditemui pemberita selepas mengetuai operasi pemeriksaan tanda harga dan bekalan barangan keperluan di sebuah pasar raya di Seberang Jaya, di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, Mogan berkata, berdasarkan pemeriksaan hari ini, bekalan barangan keperluan harian seperti minyak masak botol, ayam dan telur ayam didapati masih mencukupi.

Bagaimanapun katanya, seorang peniaga yang menjual manisan dikenakan tindakan selepas gagal mempamerkan tanda harga untuk produk makanannya.

Selain itu katanya, peniaga terbabit juga dikesan menggunakan penimbang kuih yang tidak disahtentu dan digazetkan untuk tujuan perniagaan di bawah Akta Timbang dan Sukat (ATS) 1972. UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya