RM77.3 billion, subsidi terbesar dalam sejarah demi rakyat - Utusan Malaysia

RM77.3 billion, subsidi terbesar dalam sejarah demi rakyat

Tengku Zafrul
TENGKU ZAFRUL TENGKU ABDUL AZIZ
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Jumlah unjuran perbelanjaan subsidi kepenggunaan untuk sepanjang tahun ini adalah paling tinggi dalam sejarah yang pernah ditanggung oleh mana-mana kerajaan.

 Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Aziz berkata, subsidi RM77.3 bilion itu meliputi petrol, diesel, gas petroleum cecair (LPG), minyak masak, tepung dan tarif elektrik.

 “Subsidi kepenggunaan ini bagi mengurangkan kos sara hidup rakyat malahan ia belum lagi termasuk bantuan kebajikan masyarakat lain,” katanya menerusi kenyataan di sini hari ini.

 Beliau turut melampirkan data keperluan unjuran subsidi bagi tahun ini yang berjumlah RM51 bilion dengan paling besar melibatkan sebanyak RM37.3 bilion untuk petrol, diesel dan LPG.

 Ini diikuti subsidi kepenggunaan untuk tarif elektrik, ayam dan telur unggas itu yang sebanyak RM9.7 bilion serta skim penstabilan minyak masak peket satu kilogram berjumlah RM4 bilion.

 Mengulas lanjut, Tengku Zafrul berkata, sekiranya ditambah Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) sebanyak RM11.7 bilion dan pelbagai subsidi lain, jumlah keseluruhan ialah RM77.3 bilion.

“Ini juga mengambil kira pengumuman kerajaan baru-baru ini meliputi bantuan tunai tambahan RM630 juta yang meningkatkan jumlah BKM Fasa 2 kepada RM1.74 bilion,” jelasnya lagi.

Tidak ketinggalan ujar beliau, ialah subsidi elektrik bagi Semenanjung Malaysia bernilai RM5.8 bilion untuk separuh kedua 2022 bagi memastikan tiada kenaikan tarif mulai 1 Julai depan.

Kerajaan tegas beliau, peka kepada isu kenaikan harga komoditi dan kadar inflasi ekoran gangguan rantaian bekalan global serta konflik Ukraine-Russia yang menjejaskan seluruh dunia.- UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya