Reman suspek bunuh, kerat ibu disambung tujuh hari - Utusan Malaysia

Reman suspek bunuh, kerat ibu disambung tujuh hari

SUSPEK (depan) kes bunuh dan kerat mayat ibu pada Ahad lalu di bawa ke Mahkamah Majistret Parit Buntar hari ini untuk prosiding reman. - UTUSAN/MUHAMAD NAZREEN SYAH MUSTHAFA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PARIT BUNTAR: Perintah reman ke atas lelaki yang terlibat kes bunuh dan kerat ibu kandungnya kepada 15 bahagian di Taman Kerian dekat sini, disambung tujuh hari lagi.

Tempoh tahanan reman sehingga Rabu depan itu dikeluarkan terhadap suspek berusia 42 tahun setelah tempoh reman empat hari sejak Ahad lalu berakhir hari ini.

Majistret Muhammad Syaiful Akmal Mohamad Razi mengeluarkan perintah reman itu di Mahkamah Majistret Parit Buntar di sini hari ini bagi membolehkan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Terdahulu, suspek yang berpakaian lokap itu tiba di pekarangan mahkamah kira-kira pukul 9 pagi dengan diiringi anggota polis sebelum meninggalkan mahkamah tiga jam kemudian.

Ahad lalu, seorang wanita warga emas berusia 68 tahun yang dilaporkan hilang oleh anak perempuannya sejak 28 Mei lalu ditemukan mati dengan tubuhnya dikerat kepada 15 bahagian.

Kes pembunuhan kejam warga emas itu terbongkar selepas jiran mangsa terhidu bau busuk luar biasa dari rumah wanita itu sebelum melaporkan kepada pihak polis pada Sabtu.

Pemeriksaan di lokasi menemukan bahagian tubuh manusia yang dikerat dan disimpan dalam lubang tangki kumbahan dengan ditutup papan lapis, di bahagian belakang rumah.

Ekoran penemuan tersebut, anak lelaki mangsa yang tinggal bersamanya ditahan untuk siasatan lanjut.

Semakan mendapati suspek pernah mendapat rawatan sakit mental di sebuah hospital swasta di Pulau Pinang, 20 tahun lalu. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya