Persaingan merebut jawatan Presiden Parti Bersatu Sabah terbuka

Persaingan merebut jawatan Presiden Parti Bersatu Sabah terbuka

YEE MOH CHAI , JAHID JAHIM dan JOACIM GUNSALAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA KINABALU: Pentas masih terbuka untuk mana-mana pemimpin Parti Bersatu Sabah (PBS) bersaing bagi merebut jawatan Presiden parti dalam tempoh tiga tahun lagi.

Naib Presiden PBS, Datuk Dr. Joachim Gunsalam berkata, dalam tempoh transisi tiga tahun ini, sesiapa sahaja pemimpin yang berpotensi boleh ditampilkan sebagai calon presiden.

Memandangkan Datuk Seri Dr. Maximus Ongkili telah mengumumkan akan berundur daripada jawatan Presiden dalam tempoh tiga tahun ini maka, persediaan perlu dilakukan lebih awal bagi mencari pengganti yang berpotensi.

“Berkemungkinan dalam Ahli Majlis Tertinggi (AMT), ada pemimpin yang berpotensi dan berbakat untuk menerajui parti ini. Sesiapa sahaja boleh menerajui parti.

“Jika Joniston Bangkuai boleh memimpin parti, kita kena bersedia menerimanya namun, calon itu mungkin boleh jadi Joniston, boleh jadi saya atau Jahid Jahim. Malah, ada juga timbalan presiden lain yang bertanding seperti Yee Moh Chai dan Edward Yong Oui Fah.

“Justeru, kita kena bekerja sebagai sebuah pasukan bagi melihat calon terbaik yang boleh menerajui parti ini pada masa akan datang,” katanya dalam sidang akhbar hari ini.

Menurut beliau, dalam tempoh transisi tiga tahun ini, PBS akan melalui perubahan kepimpinan yang akan membantu memperkukuhkan lagi kedudukan parti ini di Sabah.

Mengulas lanjut katanya, beliau menyerahkan kepada perwakilan bagi memilih calon-calon yang bertanding bagi jawatan presiden. Ini cuma sekadar pemilihan dalaman maka, sesiapa juga yang dipilih oleh perwakilan, semua ahli perlu membantunya.

Bagi persaingan jawatan timbalan presiden pula, beliau cukup bersedia untuk berhadapan dengan persaingnya. Malah, semua perwakilan juga telah dimaklumkan mengenai hasratnya bertanding jawatan tersebut.

Semalam, Maximus mengumumkan kesediaanya melepaskan jawatan presiden parti selepas memegang jawatan itu secara rasmi pada November 2018. – UTUSAN

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya