Pensyarah tak mengaku salah guna dana projek

Pensyarah tak mengaku salah guna dana projek

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Seorang pensyarah kanan sebuah universiti tempatan mengaku tidak bersalah di dua Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas enam pertuduhan membabitkan salah guna dana projek berjumlah RM32,000 dan guna dokumen palsu, lima tahun lalu.

Di hadapan Hakim Suzana Hussain, tertuduh, Dr. Mohamad Zulkefli Adam, 56, didakwa atas lima pertuduhan salah guna dana projek RM32,000 milik Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (Ketengah) di antara September dan Oktober 2017 di Maybank Berhad cawangan Jalan Raja Muda di sini.

Pada ketika kejadian, tertuduh merupakan Ketua Projek Research-Based Foundation For Sustainable Agriculture Entrepreneurship (Smart Rural) di Universiti Teknologi Malaysia (UTM) di sini.

Pertuduhan terhadapnya dikemukakan Timbalan Pendakwa Raya, Muhammad Asraf Mohamed Tahir mengikut Seksyen 403 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum lima tahun dan sebat serta denda, jika sabit kesalahan.

Sementara itu di hadapan Hakim Azura Alwi, Dr. Mohamad Zulkefli yang tidak diwakili peguam bela didakwa menggunakan inbois palsu bernilai RM10,100 pada 11 Ogos 201 di universiti berkenaan.

Pertuduhan dikemukakan di bawah Seksyen 471 Kanun Keseksaan dan boleh dihukum mengikut Seksyen 465 akta sama yang memperuntukkan hukuman penjara tidak melebihi dua tahun atau denda atau kedua-dua sekali, jika sabit kesalahan.

Tertuduh dibenarkan ikat jamin RM20,000 bagi kesemua pertuduhan dan Dr. Mohamad Zulkefli turut diperintahkan untuk melapor diri ke pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) terdekat setiap bulan sehingga kes selesai.

Kedua-dua mahkamah menetapkan 11 Ogos ini untuk sebutan semula kes. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya