Penemuan tengkorak: Polis kesan waris lelaki berusia 50-an - Utusan Malaysia

Penemuan tengkorak: Polis kesan waris lelaki berusia 50-an

POLIS sedang mengesan waris seorang lelaki dipercayai berusia 50-an yang tengkorak dan tulangnya ditemukan di dalam hutan Taman Rimba, Teluk Bahang, Pulau Pinang.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BALIK PULAU: Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Barat Daya sedang mengesan waris seorang lelaki dipercayai berusia 50-an yang tengkorak dan tulangnya ditemukan di dalam hutan Taman Rimba, Teluk Bahang di sini.

Menurut kenyataan polis, tengkorak dan tulang berkenaan ditemukan pada 24 Disember tahun lalu di dalam hutan berkenaan.

”Pada 24 Disember tahun lalu, pihak polis telah menerima laporan berhubung penemuan tengkorak dan tulang manusia di dalam hutan di Taman Rimba.

”Siasatan mendapati tiada pengenalan diri ditemukan di lokasi kejadian dan ia dipercayai milik seorang lelaki berusia 50-an setelah disahkan oleh pakar forensik,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Kenyataan itu berkata, satu kertas siasatan mati mengejut telah dibuka dan mana-mana pihak yang kehilangan ahli keluarga boleh berhubung dengan Sarjan Mejar Othman Hamid di talian 016-453 6373 untuk tindakan selanjutnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN