Pendirian Pas kekal, PRU15 pertengahan tahun 2023 

Pendirian Pas kekal, PRU15 pertengahan tahun 2023 

IDRIS Ahmad (tiga dari kiri) bergambar bersama pasukan Selangor yang muncul johan keseluruhan pada Majlis Penutup Mahrajan Memanah Recurve Sekolah Menengah Agama Peringkat Kebangsaan di Arena Emas, Taman Impian Emas, Johor Bahru, hari ini. - FOTO/RAJA JAAFAR ALI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Pas berpegang dengan pendirian Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) wajar diadakan pada pertengahan tahun depan selepas penggal Parlimen ke-14 berakhir.

Naib Presiden Pas Datuk Idris Ahmad berkata, pendirian parti itu tidak akan berubah sehinggalah pucuk pimpinan parti membuat keputusan yang baharu.

“Pilihan raya ini kalau di peringkat negeri, ia kuasa Menteri Besar untuk pergi mengadap Sultan bagi memohon perkenan manakala di peringkat Pusat pula, itu kuasa Perdana Menteri mengikut perlembagaan untuk memohon perkenan Yang Dipertuan Agong.

“Soal pembubaran terpulang kepada negeri masing masing…Bagi Pas, ia hanya boleh dilakukan apabila habis penggal kecuali ada keputusan terbaharu oleh pucuk pimpinan parti,  soal parti lain saya tak nak masuk campur,” katanya ketika diminta mengulas mengenai PRU15 perlu segera dilaksanakan kerana ia sudah sampai tempoh matang untuk diadakan.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas Majlis Penutup Mahrajan Memanah Recurve Sekolah Menengah Agama Peringkat Kebangsaan Kali ketiga di Arena Emas, Taman Impian Emas, di sini hari ini.

Pada 1 Jun lalu, Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sewaktu berucap pada Konvensyen BN memberi jaminan tidak akan melewatkan walau sesaat pun untuk membubarkan Parlimen sekali gus mengadakan PRU15.

Ismail Sabri yang juga Naib Presiden UMNO berkata, beliau bersetuju untuk mengadakan perbincangan dengan kepimpinan dalam menentukan tarikh PRU15.

Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan sebelum itu dilaporkan berkata, PRU-15 sudah mencapai tempoh matang dan kini memasuki tahun terakhir sebelum Parlimen dibubarkan.

Dalam pada itu, Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi menegaskan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah tidak akan dibubarkan tahun ini walaupun setelah pembubaran Parlimen untuk memberi laluan kepada PRU-15. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya