Pembonceng maut, rakan cedera - Utusan Malaysia

Pembonceng maut, rakan cedera

SALAH seorang mangsa yang terlibat dalam kemalangan di Kampung Banggol Che Wan, Pasir Mas, Kelantan, semalam. FOTO : Ihsan Polis
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PASIR MAS : Seorang remaja maut manakala rakannya mengalami kecederaan di bahagian kepada selepas motosikal yang dinaiki mereka hilang kawalan dan kemudian telah melanggar bahagian belakang sebuah lagi motosikal dalam kejadian di Kampung Banggol Che Wan, di sini semalam.

Dalam kejadian pukul 6.30 petang itu, mangsa Muhamad Izzul Irfan Razali, 13, yang membonceng motosikal jenis SYM maut dilokasi sementara penunggang
Abdul Mu’min Rosdi, 13, mengalami kecederaan dan menerima rawatan di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM).

Ketua Polis Daerah Pasir Mas Asisten Komisioner Mohd. Nasaruddin M. Nasir berkata, bagaimanapun Muhammad Afif Afnan Jamal Abdul Nassir, 20, yang menunggang motosikal jenis Yamaha Lagenda dan rakannya Muhamad Daniel Ezham Md Jori, 18, mengalami kecederaan ringan.

Menurutnya, siasatan awal mendapati motosikal yang ditunggang Abdul Mu’min dari arah Meranti menghala ke arah Pohon Tanjung.

Menurutnya, setiba dilokasi motosikal ditunggang oleh Muhammad Afif Afnan Jamal yang datang dari arah sama telah cuba memotong sebuah lagi motosikal ditunggang Abdul Mu’min.

“Motosikal yang dinaiki oleh Abdul Mu’min bersama rakannya itu telah hilang kawalan lalu melanggar motosikal Muhammad Afif Afnan Jamal dari arah belakang.

“Kesan pelanggaran itu mengakibatkan Muhamad Izzul Irfan meninggal dunia di tempat kejadian,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Tambahnya, siasatan lanjut berhubung kemalangan itu sedang dijalankan oleh polis.

Mohd. Nasaruddin memberitahu, kes disiasat bawah Seksyen 41 Akta Pengangkutan Jalan 1987. –UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya