Pembinaan kabel dasar laut rentas benua dalam kajian akhir

Pembinaan kabel dasar laut rentas benua dalam kajian akhir

ANNUAR Musa (dua kiri) menerima cenderamata daripada Yakub Khan (dua kanan) semasa majlis makan malam di Kota Kinabalu semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA KINABALU: Dua syarikat antarabangsa sedang dalam kajian akhir bagi membina rangkaian kabel dasar laut daripada Malaysia merentasi Laut China Selatan sehingga ke Jepun dan Amerika Syarikat.

Menteri Komunikasi dan Multimedia, Tan Sri Annuar Musa berkata, kedua-dua syarikat antarabangsa itu telah membuat pertanyaan mengenai Sabah dan Sarawak yang berada di posisi rangkaian kabel dasar laut rentas benua.

“Dalam perbincangan bersama beberapa pelabur di Singapura pada dua hari lepas, ramai yang membuat pertanyaan tentang keperluan Sabah dan Sarawak,” katanya selepas majlis makan malam sempena Mesyuarat Majlis Ekonomi Digital Industri Kreatif dan Komunikasi semalam.

Semasa pertemuan dengan rakan sejawatnya Menteri Komunikasi daripada Brunei Darussalam dan Indonesia pada dua hari lalu, mereka sepakat bahawa Borneo termasuk Sabah, Sarawak, Kalimantan dan Brunei serta Wilayah Persekutuan Labuan akan menjadi satu kawasan strategik pada masa akan datang.

Susulan itu, kedudukan negeri-negeri di Borneo dijangka akan mengalami perubahan positif kerana menjadi sebahagian daripada rangkaian utama dalam pembinaan kabel dasar laut.

Malah, rancangan Indonesia memindahkan ibu kota ke Kalimantan juga akan menyebakan kerajaan Persekutuan memberi tumpuan pembangunan kepada Sabah dan Sarawak.

Beliau turut memberi jaminan Sabah dan Sarawak tidak akan dikecualikan dalam pembinaan rangkaian kabel dasar laut merentasi Laut China Selatan.

Annuar berkata, pembinaan kabel dasar laut membabitkan dua kategori iaitu penyambungan secara dalaman daripada Semenanjung ke Sabah dan Sarawak mahupun pembinaan rentas benua atau negara.

Mengulas lanjut katanya, kerajaan sedang berusaha merapatkan jurang digital di kawasan pedalaman dan bandar di seluruh negara termasuk Sabah.

Justeru, Program Jalinan Digital Negara (Jendela) Fasa 2 akan memberi keutamaan kepada Sabah agar jurang digital antara kawasan yang terpencil di pedalaman dengan kawasan maju di bandar dapat dirapatkan.

Jelas beliau, penaiktarafan perkhidmatan 4G kepada 5G yang telah bermula di Semenanjung juga akan diperluaskan ke Sabah dan Sarawak.

Hadir sama dalam majlis itu ialah Timbalan Ketua Menteri Datuk Dr. Joachim Gunsalam dan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Datuk Yakub Khan.- UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya