Pas terbuka terima sesiapa termasuk Tajuddin

Pas terbuka terima sesiapa termasuk Tajuddin

TAKIYUDDIN Hassan dalam sidang akhbar selepas Penutup Kursus Malim Gunung Perhutanan Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia di Kampar hari ini. - UTUSAN/MUHAMAD NAZREEN SYAH MUSTHAFA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KAMPAR: Pas sentiasa terbuka menerima mana-mana individu yang berminat untuk menyertai parti itu termasuk bekas ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman.

Setiausaha Agung Pas, Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, sebagai bukti parti itu menerima 12,000 ahli baharu dalam tempoh seminggu dalam kempen keahlian baharu Pas di Kedah.

Takiyuddin berkata, namun parti itu akan menyemak terlebih dahulu laporan berkenaan pelawaan Pas Perak kepada Tajuddin, yang merupakan Ahli Parlimen Pasir Salak  untuk bertanding atas tiket Perikatan Nasional (PN) pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

“Saya pun nak semak betulkah laporan itu, tapi pokoknya siapa nak sertai Pas semua kita terima, media pun boleh sertai Pas.

“Kita anggap penerimaan masyarakat termasuk pengundi baharu yang mana dalam sembilan hari kita buat kempen,  kita terima 12,000 ahli baharu dan kita lihat ini potensi dan sokongan untuk kita,” katanya.

Beliau berkata kepada pemberita pada Perasmian Penutup Kursus Malim Gunung Perhutanan, Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia di sini hari ini.

Sebelum ini, bercakap kepada Utusan Malaysia, Pesuruhjaya Pas Perak, Razman Zakaria berkata, Pas Perak sedia menawarkan kerusi Parlimen Pasir Salak kepada Tajuddin, yang digugurkan daripada MKT UMNO untuk mewakili Pas pada PRU15.

Menurut Razman, sekiranya pembahagian kerusi Parlimen Pasir Salak dalam PN diberikan kepada Pas dan Tajuddin,  bersedia untuk bertanding atas tiket PN, Pas akan memberikan  kepada Tajuddin. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.