MARANG: Pas mengesahkan tahu tentang agenda Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk bekerjasama di bawah khemah besar dengan parti-parti pembangkang pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15). Presidennya, Tan Sri Abdul Hadi Awang berkata, pendekatan itu bagaimanapun ditolak oleh Pas dalam pertemuan yang diadakan dengan pemimpin berkenaan, sebelum ini. “Pas ada dimaklumkan dan tahu mengenai (khemah besar), tetapi kita tidak bersetuju dan memutuskan menolaknya. “Kita berbincang bersama dan…










