Pakatan Harapan alami defisit kepercayaan

Pakatan Harapan alami defisit kepercayaan

pakatan harapan
KEGAGALAN PH menguruskan kesepaduan sejak membentuk kerajaan selama 22 bulan dikatakan antara faktor menyebabkan mood pengundi berubah.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Pakatan Harapan (PH) bakal mengalami defisit kepercayaan daripada rakyat pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) berikutan kegagalan parti itu menguruskan kesepaduan sejak membentuk kerajaan selama 22 bulan.

Pengarah Eksekutif Ilham Centre, Hisommudin Bakar berkata, ia menjadi antara tiga faktor utama yang menyebabkan mood pengundi berubah sehingga memperlihatkan mereka bukan pilihan terbaik untuk menjadi kerajaan.

“Mengikut kajian Ilham Centre, PH akan mengalami defisit sokongan dalam kalangan pengundi pada PRU15 disebabkan pengundi tidak yakin dengan PH untuk membentuk kerajaan yang stabil.

“Ini disebabkan ketiga-tiga parti tidak sehaluan untuk bergerak secara bersepadu dalam semua aspek, termasuk jentera pilihan raya, kempen dan sebagainya. Bila datang pilihan raya, mereka bergerak secara masing-masing, tidak seperti sebelum ini. Lihat apa yang berlaku pada PRN Melaka dan Johor.

“Kedua, PH tidak mempunyai naratif yang berbeza berbanding PRU14. Dalam aspek kempen tolak rasuah dan kleptokrat, tetapi itu modal lama bagi menewaskan Barisan Nasional (BN).

“Malah, apa yang jadi masalah PH adalah pertelagahan sesama mereka sehingga hilang kerajaan sedangkan mereka dapat bentuk kerajaan. Mereka hanya bertahan selama 22 bulan disebabkan perbezaan dalaman antara mereka dan akhirnya berpecah,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Menurut Hisommudin, kelemahan PH itu sekali gus menyebabkan kekecewaan yang berlaku dalam kalangan pengundi yang mana BN dilihat sekali lagi menjadi kerajaan disebabkan mood pengundi yang kecewa dengan PH.

“Jika melihat peratusan PRN Melaka dan Johor, pengundi Cina tidak keluar mengundi, sekali gus menyebabkan PH hilang undi di situ.

“Sementara segmen pengundi Melayu yang sebelum ini mengundi PH, dilihat beralih arah ke Perikatan Nasional (PN). Ini yang akan berlaku jika PRU15 diadakan dalam masa terdekat,” katanya.

Bagaimanapun, kata beliau, sekiranya tiada isu besar yang boleh menjadi ‘tsunami’ untuk menewaskan BN, PH akan kembali menjadi pembangkang seperti hari ini. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×