Nurul Izzah hargai tindakan JPS Seberang Perai

Nurul Izzah hargai tindakan JPS Seberang Perai

nurul izzah
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
PETALING JAYA: Ahli Parlimen Permatang Pauh, Nurul Izzah Anwar menghargai jasa Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), daerah Seberang Perai yang mendengar suara rakyat setempat.
Ini ekoran tindakan jabatan itu yang memberi respon segera terhadap rungutan penduduk setempat terhadap sikap orang ramai yang suka membuang sampah secara semberono hingga boleh menjejaskan rumah pam Seberang Jaya.
Dalam hantaran di facebook, Nurul Izzah berkata, sampah yang dibuang itu akhirnya membawa bahaya kepada masyarakat sendiri apabila ia menjadi penyebab kepada banjir.
“Bahaya lanjutan apabila struktur hidraulik (rumah pam; kolam tadahan; perparitan dan lain-lain) terganggu gugat.
“Sampah sarap yang dibuang ke tebing sungai ni akan mengalir ke rumah pam JPS Seberang Jaya dan mengakibatkan rumah pam (antara struktur hidraulik lain) tersumbat.
“Tambahan pula dengan perubahan cuaca yang ekstrem baru-baru ni, air pulak tak boleh mengalir dengan lancar.
“Hal inilah yang akan membawa masalah kepada kita nanti seperti banjir bila semua orang pakat buang ja sampah merata-rata.
“Ayuh Malaysia, jom kita sama-sama menjaga kebersihan alam sekitar dan melindungi bumi kita,” katanya.
Dalam hantaran itu itu beliau turut memetik surah al-Qasas: 28: 77 bermaksuh: “Dan janganlah engkau melakukan kerosakan di muka bumi; sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang berbuat kerosakan.” – UTUSAN
Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN