Najib jangan sibuk-sibuk kritik Muhyiddin - Wan Saiful - Utusan Malaysia

Najib jangan sibuk-sibuk kritik Muhyiddin – Wan Saiful

WAN SAIFUL WAN JAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KANGAR: Datuk Wan Saiful Wan Jan membidas Datuk Seri Najib Tun Razak berhubung isu dakwaan Tan Sri Muhyiddin Yassin menerima wang tunai daripada syarikat Ultra Kirana Sdn. Bhd. (UKSB).

Ketua Penerangan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) itu meminta Najib menyelesaikan kes mahkamahnya sendiri terlebih dahulu berbanding sibuk mengkritik Muhyiddin.

Kata Wan Saiful, individu seperti Najib disifatkan sebagai tidak bermoral selain tidak malu bercakap di sebalik skandal rasuahnya yang memalukan negara.

“Pesanan saya satu sahaja iaitu, dia (Najib) selesaikan masalah kes mahkamah dia. Tidak perlu sibuk-sibuk benda lain. Tak ada moral langsung orang macam ini,” katanya ketika ditemui selepas mengadakan lawatan ke ladang penyembelihan ayam My Farm Village di Kuala Perlis di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai kenyataan Najib yang mengkritik Muhyiddin selepas dikaitkan dengan dakwaan menerima dana sebanyak RM1.3 juta daripada UKSB, syarikat yang terlibat dalam perbicaraan kes rasuah membabitkan bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Muhyiddin sebelum ini menafikan pernah menerima  wang tunai daripada syarikat UKSB.

Ahli Parlimen Pagoh itu menjelaskan, saksi  UKSB ketika memberi keterangan di mahkamah ketika perbicaraan Ahmad Zahid sebagai  palsu.

Mengulas lanjut, Wan Saiful berkata, pihaknya  tidak akan melayan kritikan Najib terhadap Muhyiddin berhubung dakwaan menerima rasuah.

“Kita baca sahaja. Kemudian sama-sama kita ketawakan,” katanya..- UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya