Persembahan seni perlu ikut garis panduan, menepati akhlak Islam - Utusan Malaysia

Persembahan seni perlu ikut garis panduan, menepati akhlak Islam

ZULKIFLI Hasan bercakap kepada pemberita semasa melawat sekolah agama Madrasah Idrisiah di Kuala Kangsar, Perak hari ini. - UTUSAN/FADZIL ZAINOL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA KANGSAR: Islam tidak melarang masyarakat untuk berkarya atau berhibur hiburan selagi menepati batas.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dr. Zulkifli Hasan berkata, terdapat garis panduan yang boleh dijadikan rujukan untuk apa jua persembahan termasuk seni.

“Kita ingin membawa satu naratif baharu di mana kita dahagakan karya-karya yang baik.

“Jadi kita ingin lebih ramai (berkarya), tetapi perlu mengikuti garis-garis panduan yang menepati hukum syarak dan juga menepati akhlak Islam yang kita hendak,” katanya semasa melawat sekolah agama Madrasah Idrisiah Kuala Kangsar di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas tentang kontroversi adegan di ranjang dalam persembahan teater semasa Karnival Teater di Universiti Malaya (UM) yang tular baru-baru ini.

UM semalam memohon maaf berhubung perkara tersebut dan memberi jaminan tidak akan berkompromi terhadap pelanggaran garis panduan program.

Kata Zulkifli, agama Islam tidak melarang untuk berkarya atau mendapatkan hiburan tetapi ada batas dan rujukan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN