Misi bantu 4.5 juta pelarian Syria

Misi bantu 4.5 juta pelarian Syria

MOHD. Zin Kandar (tiga dari kiri) dan Mas Imran Adam (dua dari kiri) bersama kumpulan misi kemanusiaan MyCare-Econsave serta media ketika tiba di Istanbul, Turkiye untuk menjalankan misi bantuan di Syria.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GAZIANTEP, TURKIYE: ‘Menyantuni’ lebih 4.5 juta pelarian.  Demikian cabaran menanti kumpulan misi kemanusiaan MyCare-Econsave di tiga buah bandar yang menempatkan pelarian Syria iaitu di Al Bab, Jarabulus dan A’zaz.
Bandar-bandar tersebut terletak di utara Aleppo, antara wilayah yang masih bergolak dan menyaksikan banyak ‘drama’ memilukan sepanjang 11 tahun Syria berdepan konflik bersenjata ini.

Menurut Ketua Misi yang juga Ahli Lembaga Pengarah MyCare, Dr. Mohd. Zin Kandar, melalui kerjasama Econsave sejak 2011, misi kali ini menyasarkan pembinaan sebuah sekolah integrasi anak-anak Syria bagi membolehkan mereka terus mendapat akses pendidikan yang selesa dan terbaik.

Jelasnya, sasaran itu mengguna pakai kejayaan misi sebelum ini melalui pembinaan Sekolah As Solah dan Sekolah Siti Khadija di Gaza, Palestin pada 2017.

“Alhamdulillah, sekolah ter­sebut telah melahirkan ramai anak-anak Gaza yang cemerlang, seperti Mohamad Al Jabar yang kini bergelar doktor perubatan selepas menamatkan pe­ngajian di Universiti Islam Gaza. Beliau juga kembali berkhidmat di sekolah tersebut pada sebelah petang sebagai guru tahfiz.

“Model ini akan kita guna pakai untuk pembinaan sekolah komprehensif iaitu cemerlang akademik dan hafazan al-Quran di sini (Syria). Ini termasuk bantuan lain berupa pek makanan, peralatan sekolah dan kerusi roda kepada pelarian terbabit,” katanya ketika ditemui di sini semalam.

Turut sama dalam misi tersebut, Pengurus Besar Econsave, Mas Imran Adam.

Jelasnya, selain tiga bandar berkenaan, misi kemanusiaan MyCare-Econsave bermula 25 Jun sehingga 6 Julai ini turut menyantuni pelarian Syria di bandar Gaziantep, selatan Turkiye melalui kerjasama Pertubuhan Wanita Syria (SWA) serta Rose2Rose dan mengkhususkan kepada bantuan pendidikan dan kaki palsu.-

METRA SYAHRIL MOHAMED melaporkan dari Gaziantep Turkiye

 

UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya