MBPJ berjaya selesaikan 64% aduan orang ramai

MBPJ berjaya selesaikan 64% aduan orang ramai

mbpj
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ berjaya menyelesaikan kira-kira 64 peratus aduan orang ramai berhubung pelabagai masalah yang berlaku di bandar raya ini.

Datuk Bandar MBPJ, Mohamad Azhan Md. Azmir berkata, sepanjang bulan Mei 2022, MBPJ telah menerima sebanyak 1,485 aduan daripada orang awam.

Katanya, daripada jumlah ini, sebanyak 64.04  peratus (%) atau 951 aduan telah ‘Selesai’ manakala sebanyak 22.36 peratus (%) atau 332 aduan ‘Dalam Tindakan’ dan sebanyak 3.23
peratus (%) atau 48 pula dikategorikan sebagai ‘Penyelesaian Jangka Panjang (PJP)’.

Manakala ‘Aduan Tidak Sah/Ditolak’ yang melibatkan aduan sama/bertindan, maklumat pengadu tidak lengkap adalah sebanyak 10.37 peratus (%) atau 154.

“Daripada 1,485 aduan tersebut, aduan kategori ‘Kerosakan Lampu Jalan’ adalah yang tertinggi pada bulan Mei iaitu sebanyak 143 kes.

“Seterusnya diikuti oleh aduan ‘Cantas/Tebang Pokok’ sebanyak 106 kes, aduan ‘Halangan Awam/Siar Kaki/Tempat Letak Kereta sebanyak 97 kes, aduan ‘Kerosakan Longkang Kecil’ sebanyak 67 kes dan aduan ‘Jalan Rosak/Mendap/Berlubang sebanyak 57 kes.

Katanya, jumlah aduan yang diterima oleh lima kategori ini adalah sebanyak 470 kes atau 31.6 peratus
(%) daripada keseluruhan jumlah aduan yang diterima.

“Secara amnya, aduan terbahagi kepada 4 Kategori (KAT) iaitu tahap Kritikal (KAT 1), Segera (KAT 2), Biasa (KAT 3) dan Tidak Kritikal (KAT 4).

“Daripada 1,485 aduan yang diterima pada bulan Mei 2022, kategori Segera (KAT 2) adalah yang tinggi iaitu 44.6 peratus (%) atau 663 aduan. Kategori kedua tertinggi adalah kategori Biasa (KAT 3)
sebanyak 27.8 peratus (%) atau 413 aduan. Seterusnya adalah kategori Tidak Kritikal (KAT 4) iaitu 21 peratus (%) atau 312 aduan dan yang terakhir adalah kategori Kritikal (KAT1) iaitu 6.5 peratus (%) atau 97 aduan,” katanya dalam perutusan mesyuarat Majlis MBPJ.

Bagi memudahkan orang ramai menyalurkan aduan, katanya, MBPJmenyediakan sebanyak 27 saluran bagi memudahkan orang ramai mengemukakan aduan kepada Majlis. Laman sesawang sistem eAduan (Website) menjadi pilihan utama orang ramai membuat aduan iaitu sebanyak 23.5 peratus (%) atau 349 daripada jumlah keseluruhan terimaan aduan.

Seterusnya diikuti oleh saluran Aplikasi Telefon 17.3 peratus (%) atau 257, WhatsApp 15 peratus (%) atau 223, Telefon 13.5 peratus (%) atau 201 dan E-mel 11.7 peratus (%) atau 174. Kesemua 5
saluran ini menerima sebanyak 81.1 peratus (%) atau 1,204 aduan daripada jumlah terimaan aduan bagi bulan Mei 2022.

Sebagai info tambahan, satu Bengkel Kajian Semula Sistem Pengurusan Aduan MBPJ telah diadakan bertujuan untuk mengkaji semula fungsi dan peranan sistem pengurusan aduan Majlis selaras
dengan hala tuju Pelan Strategik “Majlis Bandaraya Petaling Jaya 2025” dan “Petaling Jaya Pintar, Mampan Dan Berdaya Tahan @ PJSSR 2030”.

Selain daripada itu, bengkel tersebut diadakan bertujuan untuk mengenalpasti dan menyelesaikan kelemahan-kelemahan sedia ada agar sistem pengurusan aduan Majlis lebih informatif dengan data-data bernilai, profesional dan seterusnya membantu pengurusan tertinggi Majlis membuat keputusan yang tepat.

Pengurusan aduan awam ini perlu diberikan tumpuan khusus bagi memastikan denyutan hati rakyat sentiasa dirasai dan menjadi asas kepada jabatan-jabatan untuk meningkatkan mutu sistem penyampaian perkhidmatan awam.

Selain itu kata Mohamad Azhan, prestasi kutipan hasil MBPJ setakat 31 Mei 2022 adalah sebanyak RM175,807,147 atau 45.22 peratus (%) berbanding anggaran hasil 2022 berjumlah RM388,742,120.

Jumlah hasil yang dikutip pada tempoh yang sama pada tahun 2021 adalah RM 166,636,632. Ini menunjukan peningkatan kutipan hasil sebanyak RM 9,170,515 berbanding tahun
2021.

Peningkatan kutipan hasil ini memberikan gambaran awal bahawa sektor ekonomi di Petaling Jaya sedang berkembang selepas tempoh pandemik COVID-19.

Usaha-usaha dalam meningkatkan kutipan hasil seperti memudahkan dan menggalakkan pembayaran secara atas talian, membuka kaunter bergerak di luar ibu pejabat, serta kaedah mengurangkan tunggakan hasil dengan melaksanakan operasi bersepadu secara berjadual, sentiasa mengeluarkan notis peringatan mesra bayaran tetap diteruskan dengan kerjasama daripada pelbagai jabatan.

Bagi prestasi perbelanjaan sehingga 31 Mei 2022, sebanyak RM125,330,758 atau 30.51 peratus (%) berbanding anggaran perbelanjaan 2022 sebanyak RM 410,728,750. Prestasi perbelanjaan
adalah berdasarkan kepada trend perbelanjaan semasa Majlis.

Pada keseluruhannya, prestasi kewangan Majlis setakat 31 Mei 2022 masih mencatatkan lebihan kewangan (surplus) sebanyak RM50,476,389 berbanding dengan cadangan Bajet Defisit sebanyak RM21,986,630 selepas jumlah kutipan hasil sebanyak RM175,807,147 ditolak dengan jumlah perbelanjaan mengurus sebanyak RM106,658,388 dan perbelanjaan pembangunan sebanyak RM18,672,370.

Prestasi dan kedudukan kewangan Majlis masih lagi kukuh dan stabil. Berdasarkan usaha-usaha strategik dan berterusan yang sedang dilaksanakan, adalah dijangkakan trend positif ini akan terus
kekal sehingga penghujung tahun 2022.

Kawalan perbelanjaan yang berhemah diunjurkan untuk terus digunapakai bagi memastikan keadaan kedudukan kewangan Majlis sentiasa baik. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya