Mara peruntuk RM1.5 juta untuk warga pendidik

Mara peruntuk RM1.5 juta untuk warga pendidik

MAHDZIR Khalid menyampaikan Anugerah Tokoh Pendidik Mara kepada Hambali Ahmad, 64, pada Majlis Sambutan Hari Pendidik Mara 2022 di Kuala Lumpur. Turut kelihatan Pengerusi Mara, Datuk Seri Panglima Azizah Mohd. Dun (dua dari kiri). - FOTO/MOHD. FARIZWAN HASBULLAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Majlis Amanah Rakyat (Mara) memperuntukkan RM1.5 juta bagi meningkatkan pembangunan kompetensi warga pendidik mereka.

Peruntukan ini bertujuan untuk memastikan kualiti pendidikan di Institusi Pendidikan Mara (IPMa) berdiri setanding dengan negara maju.

Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, Mara turut menawarkan peluang melanjutkan pengajian ke peringkat tertinggi kepada warga pendidik.

Menurut beliau, sebanyak 4,336 warga pendidik sejak tahun 2002 hingga 2020 sudah melanjutkan pengajian di pelbagai peringkat Ijazah Doktor Falsafah (PHD) dan sebagainya.

“Inisiatif ini adalah amat penting bagi memperkasakan ilmu dan kemahiran warga pendidik Mara untuk setaraf dengan pendidik dari luar negara khususnya yang terdapat Senarai Ivy League seperti di Oxford serta Harvard University.

“Inisiatif ini diharap dapat memastikan kualiti pendidikan di IPMa sentiasa relevan dan setanding dengan tahap pendidikan di negara-negara maju,” ucapnya semasa Majlis Sambutan Hari Pendidik Mara 2022.

Terdahulu, Mahdzir yang juga Ahli Parlimen Padang Terap menghadiri Majlis Sambutan Hari Pendidik Mara 2022.

Mengulas lanjut, Mahdzir menjelaskan bahawa Mara juga terus komited dan peka nagi memastikan pelajar IPMa belajar dalam suasana kondusif melalui penjagaan kebajikan serta menaiktaraf kemudahan infrastruktur di pusat pendidikan mereka.

“Fasiliti pusat pendidikan yang lengkap amat penting bagi menjamin keselesaan kepada 110,210 pelajar di IPMa di seluruh negara supaya pembelajaran mereka menjadi lebih efisien dan sistematik.

“Kita juga memberi penekanan tinggi terhadap moboliti pelajar-pelajar Mara ke peringkat antarabangsa agar tidak terhenti atau ditangguhkan menerusi program tajaan pelajaran ke luar negara dalam pelbagai bidang yang melibatkan 1,500 orang setakat ini,” jelasnya.

Tambahnya, pihak kerajaan berhasrat untuk mewujudkan golongan pendidik yang membentuk tenaga kerja manusia yang bermu, berakhlak dan berdaya tahan.

“Saya yakin dengan tema yang dipilih iaitu ‘Pendidik Tunjang Generasi Berilmu’ sempena sambutan ini akan mencetuskan semangat baharu.

“Ia akan menjadi azimat kepada golongan pendidik Mara dalam usaha membentuk modal insan sempurna,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN