MADA ketuai Kluster Agro Lifestyle di MAHA 2022

MADA ketuai Kluster Agro Lifestyle di MAHA 2022

EXCO Pertanian dan Industri Makanan Kedah, Datuk Azman Nasrudin (depan, dua kanan) bersama Pengerusi MADA, Ahmad Tarmizi Sulaiman (tiga, kiri) dan Pengurus Besar MADA Kamarudin Dahuli (kanan) ketika pelancaran Road To MAHA 2022 Peringkat Zon Utara di Aman Central, Alor Setar. Kedah. – UTUSAN/SHAHIR NOORDIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR SETAR: Penganjuran Ekspo Pertanian, Hortikultur dan Agropelancongan Malaysia (MAHA) yang kembali tahun ini memberi peluang kepada Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) berkongsi kisah hidup para petani, penternak dan nelayan.

Dipertanggungjawab sebagai agensi utama bagi Kluster Agro Lifestyle sempena ekspo itu, aspek inovasi pertanian, budaya, makanan, hobi dan kesenian menjadi taruhan MADA dalam pameran dari 4 hingga 14 Ogos ini di Dewan D2, Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS) Serdang, Selangor.

Pameran MADA yang bertemakan ‘Meraikan pertanian melalui penerokaan dan penghayatan ke arah pengayaan kehidupan masa hadapan’ itu turut menjanjikan pengalaman menarik dalam ekspo yang dijangka menggamit kehadiran 1.1 juta pengunjung.

Selain itu, MADA bersama rakan strategik seperti Padiberas Nasional Berhad (Bernas), Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI), Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (KADA) dan Kawasan Pembangunan Pertanian Bersepadu (IADA) juga mengelola Laman Padi.

Malah, lima usahawan bim­bingan MADA yang berdaya maju dan produk mereka mematuhi spesifikasi pensijilan ditawarkan reruai Agro Business serta Agro Edutainment yang turut menganjurkan demonstrasi menghasilkan potret berasaskan jerami padi.

MADA turut terlibat bagi segmen Agro Tourism, Agro Tech, Agro Food Mekanisasi, Agro Youth dan Pavilion Negeri yang diisi dengan aktiviti permainan dan pertandingan berkonsepkan sukan rakyat.

Pengerusi MADA, Ahmad Tarmizi Sulaiman berkata, pameran selama 11 hari bertemakan ‘Sekuriti Makanan Untuk Masa Hadapan’ itu mengembalikan kegemilangan negara dalam mempertahan kedaulatan makanan sebagai asas kekuatan negara.

“MAHA berkembang menjadi sebahagian daripada landskap negara yang mempamerkan kemajuan dan pencapaian Malaysia yang dalam erti kata lain, ekspo itu landasan terbaik bagi petani, penternak, nelayan dan usahawan industri asas tani mengetengahkan produk serta perkhidmatan. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya