PUTRAJAYA: Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) perlu dibenarkan membeli ikan secara terus daripada nelayan sekali gus melenyapkan peranan orang tengah yang me-nguasai pasaran dan menindas nelayan. Langkah itu juga selari de-ngan usaha Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang mahu memerangi golo-ngan itu melalui Jihad Orang Tengah. Bercakap kepada Utusan Malaysia, Pengerusi LKIM, Datuk Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal berkata, selama ini, dasar supaya nelayan menjual terus…










