LGBT bertopengkan animasi - Asma Harun

LGBT bertopengkan animasi – Asma Harun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Pendakwah bebas, Ustazah Asma Harun menentang penayangan filem animasi terbitan Disney, Lightyear di negara ini.

Asma menerusi perkongsian hantaran di akaun Instagram miliknya berkata, hal itu akan memberikan kesan negatif lebih-lebih lagi kepada golongan kanak-kanak selaku penonton kartun.

lesbiangay, biseksual dan transgender (LGBT) bertopengkan animasi. Allahu Akbar. Bayangkan betapa besarnya kesan dan akibat daripada tindakan ini kerana filem mereka banyak ditonton oleh golongan kanak-kanak.

“Sungguh, ini bukanlah perkara remeh yang harus dibisukan kerana ia secara terang bukan sahaja bertentangan agama malah fitrah manusia itu sendiri,” katanya.

Asma turut memberitahu hampir kebanyakan negara tidak mempunyai perundangan yang tegas untuk menghalang kegiatan LGBT.

“Antaranya Amerika Syarikat, Belanda, Kanada, Jerman, dan Perancis. Bahkan kita dapat lihat sendiri kegiatan mereka semakin berleluasa dalam negara ini.

“Bagi negara bukan Islam yang menyekat LGBT ialah Singapura (dua tahun penjara), Sri Lanka (10 tahun penjara) dan Myanmar (20 tahun penjara).

“Terdapat lagi negara lain yang turut mempunyai perundangan bagi menyekat gejala LGBT,” katanya.

Untuk rekod filem ini diharamkan di 14 buah negara seperti di Timur Tengah, Arab Saudi, Lubnan, Kuwait, Mesir, kemudian diikuti negara Asia seperti Indonesia, Malaysia dan China.

Manakala Singapura pula tidak membenarkan tayangan filem ini kepada remaja di bawah usia 16 tahun.

“Syabas dan tahniah kepada pihak yang mengambil tindakan segera,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya