Lebih 400 tapak sampah haram wujud, bukti kegagalan PBT

Lebih 400 tapak sampah haram wujud, bukti kegagalan PBT

SWCorp mengesan 432 tapak pembuangan sampah haram di tujuh negeri yang tidak sepatutnya berlaku ketika Malaysia sedang menuju status negara bersih dan sihat.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Lebih 400 tapak pembuangan sampah ha­ram yang dikesan di tujuh ne­geri sudah cukup membuktikan pihak berkuasa tempatan (PBT) gagal dalam membantu kerajaan menangani isu berkaitan pembuangan sampah.

Bercakap kepada Utusan Ma­laysia, Presiden Pertubuhan Pe­lindung Khazanah Alam (Pe­ka), Damien Thanam Divean ber­kata, ini kerana longgokan sam­pah di kawasan yang tidak sepatutnya itu berkemungkinan bermula daripada sikap kon­traktor pembersihan yang berkemungkinan tidak berlesen untuk mengutip sampah.

Malah, katanya, ada kemungkinan juga ia yang dikutip itu datang daripada kawasan perniagaan dan penempatan yang tidak membayar cukai pintu kepada PBT.

Sehubungan itu, katanya, me­reka pasti mengharapkan kontraktor haram yang akan membuka kawasan atau tapak baharu untuk menimbun sampah.

“Oleh itu, PBT gagal kerana penguatkuasaan yang lemah atau lebih merisaukan jika PBT bersekongkol dengan kontrak­tor-kontraktor (haram) ini menerima rasuah untuk tidak mengendahkan aktiviti-aktiviti seperti itu.

“Sepatutnya PBT perlu bertanggungjawab memantau ka­wasan-kawasan perniagaan dan penempatan terutama yang ti­dak mendapat kelulusan pihak berkuasa tempatan,” katanya ketika dihubungi semalam.

Semalam, akhbar ini mela­porkan, Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp) mengesan sebanyak 432 tapak pembua­ngan sampah haram di tujuh negeri yang tidak sepatutnya berlaku ketika Malaysia sedang menuju status negara bersih dan sihat.

Negeri yang menghadapi ma­salah itu adalah Perlis, Kedah, Kuala Lumpur, Putrajaya, Ne­geri Sembilan, Melaka, Pahang dan Johor dengan 163 daripadanya masih aktif iaitu terus menjadi tempat pembuangan sampah walaupun sudah ditutup oleh pihak berkuasa.

Mengulas lanjut, Damien Thanam juga percaya akta dan hukuman yang dikenakan kepada orang ramai mahupun kontraktor haram itu tidak setimpal dengan kesalahan membuang sampah merata-rata tersebut.

Justeru, katanya, PBT sepatutnya lebih tegas bagi terus mengelakkan perkara yang sama berlaku lagi.

“Sebagai contoh, seorang kontraktor yang ditangkap membuang sampah di kawasan kolam belakang di Plaza Tol Batu 3 Shah Alam hanya dikompaun RM1,000 sahaja, sedangkan kita tidak tahu berapa kali lori kontaktor itu pergi ke kawasan tersebut untuk membuang sampah secara haram.

“Pihak PBT patut tegas dengan mengambil alih aset seperti kenderaan kontraktor, membawa tuan tanah ke mahkamah dan menyaman kesemua yang terlibat untuk membayar kos pembersihan kawasan yang terjejas itu,” jelasnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN