PETALING JAYA: Pengarah dan penerbit terkenal, Erma Fatima, menyeru kepada pihak bertanggungjawab terutama kerajaan agar menyegerakan pelaksanaan caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) bagi menjaga kebajikan golongan artis dan penggiat seni tanah air. Erma menegaskan, selagi pihak bertanggungjawab tidak memandang industri seni sebagai salah satu punca yang dapat menjana ekonomi negara, selagi itulah nasib penggiat seni ‘terbiar’. “Bagi isu ini, saya pun tidak tahu hendak menyalahkan siapa. Masalah ini sudah…










