KPLB bantu penternak ayam luar bandar gandakan hasil

KPLB bantu penternak ayam luar bandar gandakan hasil

MAHDZIR Khalid (dua kanan) melihat buku pencapaian Kejora selama 50 tahun ketika merasmikan Sambutan Jubli Emas Ulang Tahun Ke-50 Kejora di Dataran Tanjung Balau, Bandar Penawar hari ini. -UTUSAN/MASTURAH SURADI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA TINGGI: Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) akan menumpukan usaha membantu pengusaha luar bandar terutama dalam bidang ternakan ayam menggandakan hasil pengeluaran mereka dalam usaha mengatasi kekurangan bekalan makanan.

Menterinya, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, ia termasuklah membantu pengusaha tanaman bagi makanan ternakan ayam yang telah sedia ada dan bukan mereka yang baharu hendak dimulakan kerana faktor masa.

“Kita hendak tumpu jangka pendek, saya telah bincang dengan pengurusan tertinggi kementerian dan kita setuju agensi bawah KPLB turut terlibat dalam agro makanan khsususnya Felcra, Risda dan lembaga kemajuan negeri-negeri yang boleh terlibat sama.

“Kita minta (penduduk) yang ada berkaitan ternakan ayam dan tanaman untuk makanan ternakan ayam ini yang sudah wujud. Kita tidak mahu yang belum ada kerana agensi yang ada tinggal tambah dan luaskan sahaja, kalau baru hendak mula agak sukar untuk jangka pendek.

“Kerana jika baru hendak mula akan ambil masa untuk tengok tanah, buat kertas kerja, buat reban ini akan ambil masa proses yang panjang. Perdana Menteri juga ada umum RM500 juta disediakan untuk agro makanan dan peruntukan ini boleh dimohon agensi seperti Felcra dan Risda,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas Majlis Perasmian Sambutan Jubli Emas Ulang Tahun Ke-50 Penubuhan Lembaga Kemajuan Johor Tenggara (Kejora) di Dataran Tanjung Balau, Bandar Penawar hari ini.

Turut hadir, Pengurus Besar Kejora, Datuk Mohd. Rusdi Darus dan Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Kemajuan Luar Bandar, Datuk Zahari Sarip.

Dalam perkembangan lain, Mahdzir berkata, Kejora dilihat mampu memperluas kawasan pembangunannya pada masa hadapan susulan 

rekod pencapaian dan kejayaannya membangunkan kawasan terlibat selama 50 tahun ini.

Namun katanya, sebarang pembangunan baharu yang dilaksanakan Kejora juga perlu disusuli dengan proses penyelenggaraan yang menyeluruh.

“Tiada masalah untuk kawasan Kejora diperluaskan. Terpulang kepada kerajaan negeri dan Menteri Besar untuk mempertimbangkan. Kita tak beri tekanan kepada kerajaan negeri, biar kerajaan negeri yang buat keputusan. 

“Kalau pada kerajaan negeri berpendapat elok diperluaskan, boleh diperluaskan dan kalau kerajaan negeri fikir sebaliknya, itu terpulang,” katanya.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN