Kongres PKR tunda lagi, kini 15-17 Julai

Kongres PKR tunda lagi, kini 15-17 Julai

PKR dilihat sedang menyiapkan barisan kepimpinan baharu untuk menggantikan Presidennya, Datuk Seri Anwar Ibrahim selepas Pilihan Raya Umum Ke-16 (PRU16) yang dijangka berlangsung dalam tempoh dua tahun akan datang.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kongres PKR yang sepatutnya berlangsung dari 25 hingga 26 Jun ini ditunda kepada 15 sehingga 17 Julai depan bagi memberi ruang kepada Jawatankuasa Pemilihan Parti (JPP) menjalankan audit forensik terhadap bantahan dan aduan yang diterima berkaitan pemilihan parti.

Bercakap kepada Utusan Malaysia, Ahli MPP PKR, Datuk Abdullah Sani Abdul Hamid berkata, perkara itu diputuskan dalam mesyuarat MPP parti itu yang berlangsung semalam.

“MPP mengambil kira aduan dan bantahan dikemukakan calon-calon bertanding dalam Pemilihan PKR 2022 dan menangguhkan untuk tempoh sebulan lagi.

“Jadinya tarikh Kongres PKR yang terbaharu pada 15 hingga 17 Julai iaitu selepas Hari Raya Aidiladha,” katanya.

KERATAN laporan Utusan Malaysia.

Terdahulu, akhbar ini melaporkan calon Naib Presiden PKR, Farhash Wafa Salvador Murbarak meminta pucuk pimpinan parti untuk menangguhkan kongres parti itu selagi audit forensik tidak selesai.

Sebelum ini, Kongres PKR dijadualkan pada 24 Jun hinga 26 Jun ini di IDCC, Shah Alam. – UTUSAN

 

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya