JHEAINS lupus barang rampasan berkaitan kes judi - Utusan Malaysia

JHEAINS lupus barang rampasan berkaitan kes judi

MOHD. Zaidi Ramli (dua dari kanan) melihat komputer-komputer berkaitan kes yang dilupuskan JHEAINS di Seremban. - UTUSAN/AFIFI HAFIZ MOHD. NOR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Sebanyak 36 unit komputer berkaitan kes judi bernilai RM100,000 dilupuskan pihak Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS) pagi tadi.

Pengarah JHEAINS, Datuk Mohd. Zaidi Ramli berkata, kesemua barangan yang dilupuskan itu adalah hasil rampasan dalam operasi yang dilakukan di negeri ini dari 2010 hingga 2016.

Katanya, barang yang dilupuskan tersebut dari kes yang selesai dibicarakan di mahkamah bagi kes di bawah Seksyen 79A(1) Enakmen Jenayah Syariah Negeri Sembilan (JSNS) 1992 iaitu berjudi.

“Barang-barang yang dilupuskan telah mendapat perintah pelupusan daripada mahkamah atau Ketua Pendakwa Syarie berdasarkan peruntukan Seksyen 205 (2) Enakmen Tatacara Jenayah Syariah Negeri Sembilan 2003.

“Anggaran denda yang dikenakan disabitkan kepada semua tertuduh berjumlah RM90,000,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Sementara itu tambah beliau, JHEAINS akan terus bekerjasama dengan pelbagai agensi untuk menjalankan penguatkuasaan terhadap aktiviti perjudian yang melibatkan orang Islam.

“Pada masa sekarang aktiviti perjudian dijalankan dalam pelbagai bentuk dan boleh dilakukan di mana-mana termasuk dalam bilik sahaja. Pihak kami akan terus memantau bagi memastikan kegiatan perjudian ini dapat dibanteras,” tambahnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN