Guru meninggal dunia selepas pengsan di Masjid Baharu Benta, Lipis - Utusan Malaysia

Guru meninggal dunia selepas pengsan di Masjid Baharu Benta, Lipis

NIK ZULKIFLEE NIK YUSOF
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LIPIS: Hasrat seorang guru untuk bercuti bersama keluarga mentua tidak kesampaian apabila meninggal dunia di Benta di sini semalam.

Nik Zulkiflee Nik Yusof, 48, dalam perjalanan ke rumah mentuanya di Negeri Sembilan lalu singgah di Masjid Baharu Benta di sini untuk berehat dan solat, tiba-tiba pengsan.

Guru tersebut dikejarkan ke Klinik Kesihatan Benta untuk menerima rawatan dan disahkan meninggal dunia pada pukul 4.05 petang semalam.

Ketua Polis Daerah, Superintenden Azli Mohd. Noor berkata, pihaknya menerima panggilan memaklumkan seorang lelaki pengsan di Masjid Baharu Benta.

“Dia dibawa ke klinik kesihatan berdekatan oleh orang ramai yang berada di masjid itu untuk rawatan.

“Ketika menerima rawatan, guru berkenaan kemudiannya disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan yang bertugas di klinik kesihatan tersebut,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Menurut Azli, guru tersebut beralamat di  Kampung Demit Darat, Jalan Sultanah Zainab 2, Kota Bharu, Kelantan.

“Arwah yang bertugas di Sekolah Rendah Agama Amalin Puteri, Kota Bharu bersama keluarganya dalam perjalanan menghala ke Kuala Lumpur,” jelasnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN