mangsa doktor gigi

Golongan muda Lembah Klang paling ramai jadi mangsa doktor gigi palsu

DR. Noormi Othman (tengah) melawat salah sebuah gerai pameran selepas merasmikan kempen 'Say No To Fake Dentist' di UMT, Kuala Nerus, Terengganu, hari ini. - UTUSAN/TENGKU DANISH BAHRI TENGKU YUSOFF
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA NERUS: Golongan muda di Lembah Klang dikesan paling ramai menjadi mangsa doktor gigi palsu yang menawarkan perkhidmatan rawatan gigi pada harga murah dan cepat

Malah platform media sosial Facebook, Instagram serta TikTok dijadikan sasaran oleh sindiket doktor gigi palsu untuk menarik minat mangsa yang terpedaya dengan tawaran tidak masuk akal itu.

Pengarah Kanan (Pergigian) Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Dr. Noormi Othman berkata, pihaknya mengesan harga ditawarkan bagi perkhidmatan pendakap gigi palsu adalah serendah RM200 sehingga RM600.

“Golongan muda ada keinginan mencuba (memakai pendakap gigi) tetapi kurang kesabaran untuk menunggu nombor giliran. Akibatnya mereka terpedaya dengan iklan-iklan di media sosial.

“Harga ditawarkan itu tidak logik jika dibandingkan harga sebenar RM2,000 ke RM6,000 untuk rawatan ‘veneer’ (gigi) manakala perkhidmatan pendakap gigi antara RM5,000 ke RM8,000.

“”Bagi mengelak kegiatan mereka dihidu, sindiket ini sering menukar tempat operasi di salun kecantikan, hotel, rumah tumpangan dan apartment,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada Kempen ‘Say No To Fake Dentist’ di Universiti Malaysia Terengganu (UMT) di sini, hari ini.

Dalam pada itu, Noormi menambah, orang ramai yang menjadi mangsa doktor gigi palsu pula disaran membuat laporan polis bagi memastikan kegiatan itu dapat dikawal sebelum menjadi semakin parah.

Katanya, kebanyakan mangsa terlibat tidak mahu membuat laporan kerana dipercayai menandatangani perjanjian kontrak bersama ‘doktor’ terbabit sekali gus menyukarkan pihak berkuasa mengesan sindiket berkenaan.

“Hanya 10 peratus daripada lebih 500 kes laporan doktor gigi palsu termasuk warga asing telah diambil tindakan dan kita nasihatkan lebih ramai mangsa tampil ke depan,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya