DAP ketengah bakat baharu, tak lupa calon tua

DAP ketengah bakat baharu, tak lupa calon veteran

LIM KIT SIANG dan ONG KIAN MING
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: DAP akan mengetengahkan calon bakat-bakat baharu dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) namun tidak melupakan calon-calon veteran dan berpengalaman.

Bercakap kepada Utusan Malaysia, Pengerusinya, Lim Guan Eng berkata, pihaknya berusaha memberi peluang kepada calon muda bagi memimpin kawasan yang ditandingi nanti.

Katanya, ini kerana semua pihak sudah tentu mahu melihat perwakilan baharu yang berbakat dalam pilihan raya umum kali ini.

“Saya pasti bukan saja muda, tetapi jangan lupa tua dan yang lebih berpengalaman. Kita kena lihat kepelbagaian dalam DAP yang meliputi calon muda dan tua.

“Dari segi peratusan pun, kita tentu ada sasaran sendiri, tetapi itu akan diumumkan kemudian,” katanya ketika dihubungi semalam.

Beliau berkata demikian bagi mengulas mengenai beberapa pimpinan DAP yang mengambil keputusan mengundur diri sebagai wakil rakyat menjelang PRU15.

Selain pemimpin Veteran DAP, Lim Kit Siang yang mengumumkan persaraan daripada arena politik pada Kongres DAP ke-17 lepas, Ahli Parlimen Bangi, Ong Kian Ming juga membuat keputusan untuk tidak menawarkan diri dalam pilihan raya umum nanti.

LIM GUAN ENG

Dalam pada itu, berhubung calon Melayu bagi parti itu, Guan Eng bagaimanapun tidak memberi sebarang jaminan kerana ia bergantung kepada kerusi yang ditandingi parti itu nanti.

Namun, katanya, ia akan dipertimbangkan.

“Kita pasti timbang, tetapi terpulang kepada kerusi kita tanding. Kalau kita tanding lebih, maka boleh letak lebih, tetapi kalau tanding kurang, mana ada tempat,” jelasnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya