Covid-19: Kes positif turun, 5 kematian, 3 kematian dibawa ke hospital - Utusan Malaysia

Covid-19: Kes positif turun, 5 kematian, 3 kematian dibawa ke hospital

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Malaysia semalam kembali merekodkan penurunan kes positif Covid-19 dengan mencatatkan sebanyak 2,033 kes berbanding kelmarin, 2,092 kes sekali gus mengatasi 1,337 kes sembuh.

Berdasarkan laman web, https://covidnow.moh.gov.my, hari ini, Selangor mencatatkan kes positif harian tertinggi iaitu 685 kes diikuti Kuala Lumpur (551), Pulau Pinang (167), Perak (116), Sabah (99), Negeri Sembilan (94), Johor (68), Kedah (62) dan Melaka (59).

Diikuti Sarawak (38), Putrajaya (37), Pahang (28), Kelantan (17), Terengganu (8), Perlis (4) dan Labuan, sifar kes.  

Pesakit Covid-19 yang masih diwad menurun kepada 377 orang berbanding kelmarin, seramai 418 orang. 

Kes yang memerlukan rawatan di unit rawatan rapi (ICU) semalam merekodkan 32 kes, berbanding jumlah semalam 38 kes. 

Bagaimanapun, jumlah pesakit Covid-19 yang memerlukan alat bantuan pernafasan merekodkan 18 kes berbanding jumlah kelmarin, 22 kes.

Bagi kluster Covid-19 pula, tiada kluster baharu direkodkan manakala sebanyak empat kluster yang masih aktif sekali gus menjadikan 7,015 keseluruhan kluster.

Dalam perkembangan melibatkan kematian, lima kes dilaporkan menjadikan dan jumlah terkini sebanyak 35,730 kes. 

Selain itu, tiga kes kematian yang dibawa ke hospital (BID) dan menjadikan jumlah terkumpul sebanyak 7,579 kes. –UTUSAN ONLINE

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN