Bertaubat setelah lakukan amalan khurafat - Utusan Malaysia

Bertaubat setelah lakukan amalan khurafat

Fauwaz
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Soalan
Saya pernah pergi berubat dengan seorang ustaz di Kedah. Kata ustaz itu, dia akan buat solat hajat untuk memohon kesembuhan saya dan pada masa sama memberitahu, ‘orangnya’, di Gunung Jerai juga akan datang membantu secara ghaib. Saya kurang faham apa yang dimaksudkannya. Adakah ini amalan khurafat? Saya pun keliru. Adakah saya perlu solat taubat?

Azman Awaluddin
Jengka, Pahang.

Jawapan
Amalan khurafat adalah bercanggah dengan ilmu dan agama. Ia adalah amalan yang tidak memberi apa-apa manfaat kepada manusia kerana ia bukan berdiri di atas ilmu dan dalil. Oleh yang demikian bertaubat nasuha lah dengan memohon ampun kepada Allah SWT dan berazam tidak akan mengulangi lagi perbuatan tersebut.

Berdosa pakai rambut palsu

Soalan
Apa hukumnya pakai rambut palsu sedangkan dia bertudung tetapi untuk tuntutan perniagaan menjual rambut palsu di media sosial jadi dia terpaksa buat promosi dan pakai rambut palsu itu.

Diana Sharif
Petaling Jaya.

Jawapan
Hukum memakai rambut palsu adalah terlarang kerana ia adalah perbuatan yang dilaknat oleh Nabi kita, dan ia juga pada masa sama mempunyai unsur-unsur penipuan.

Kebaikan jaga tiga anak perempuan

Soalan
Betulkah ibu tunggal yang menjaga dan memberi makan 3 orang anak perempuannya akan dapat syafaat di akhirat.

Nurul
Kempas, Johor

Jawapan
Insya-Allah. Sesiapa yang diuji dengan memelihara tiga anak perempuan, mereka ini akan menjadi pelindung ibu bapa di akhirat kelak. Namun dalam masa sama, amal ibadat dan akidah mesti diperkasakan.

Orang ramai boleh mengemukakan soalan kepada Ustaz Fauwaz Fadzil dengan menghantar emel kepada [email protected]

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya