PETALING JAYA: Selepas hampir 10 bulan dibincangkan, pembentangan Rang Undang-Undang (RUU) Anti Lompat Parti tidak perlu ditangguhkan lagi apabila Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen selesai memuktamadkan draf tersebut. Sehubungan itu, Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dicadang adakan Mesyuarat Khas Parlimen bagi membolehkan Rang Undang-Undang (RUU) Peruntukan Larangan Ahli Dewan Rakyat Bertukar Parti dibentangkan di Dewan Rakyat, minggu pertama Julai ini. Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke Siew Fook berkata, tindakan…










