Azhar Idrus dapat kebenaran khas berceramah di Melaka - Utusan Malaysia

Azhar Idrus dapat kebenaran khas berceramah di Melaka

POSTER ceramah agama UAI yang bakal berlangsung di Masjid Al-Wahhab, Permata Duyong, Melaka.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Penceramah bebas terkenal, Ustaz Azhar Idrus (UAI) bakal bertandang ke negeri ini untuk menyampaikan ceramah di Masjid Al-Wahhab, Permata Duyong di sini Ahad ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Duyong, Mohd. Noor Helmy Abdul Halem berkata, kehadiran UAI mendapat kebenaran khas Jabatan Mufti Melaka dan ia secara langsung menolak dakwaan yang berlegar sebelum ini bahawa penceramah berasal dari Terengganu itu ‘digam’ di Melaka.

Jelasnya, sesi ceramah akan berlangsung selepas solat Maghrib dan program berkenaan adalah hasil anjuran bersama pihak masjid, Persatuan Lembah Duyong dan Kompleks Jawatankuasa Pembangunan dan Penyelarasan Dewan Undangan Negeri (Japerun) Duyong.

“Alhamdulillah. Ceramah Ustaz Azhar Idrus di Masjid Al-Wahhab dengan kebenaran  rasmi.

“Terima kasih kepada kepimpinan Datuk Seri Sulaiman Md. Ali (Ketua Menteri) atas usaha meletakkan kepentingan agama yang pertama. Tahniah kepada barisan jawatankuasa masjid atas usaha yang dibuat dalam mengimarahkan masjid.

“Selalu orang cakap UAI kena ‘gam’ dekat Melaka dan buat ceramah main langgau (langgar) sahaja, kini tak lagi,” katanya dalam kenyataan di laman sosial Facebooknya hari ini.

Dalam pada itu, berdasarkan surat kebenaran dikeluarkan Jabatan Mufti Melaka bertarikh 10 Jun 2022 kepada Pengerusi Masjid Al-Wahhab jelas menyebut bahawa UAI bukan pemegang sijil tauliah mengajar yang dikeluarkan badan itu.

Bagaimanapun katanya, setelah meneliti dan mempertimbangkan permohonan, jabatan itu bersetuju memberikan kebenaran khas kepada penceramah berkenaan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya