cari solusi

ASEAN kena kreatif cari solusi krisis Myanmar

SAIFUDDIN ABDULLAH (dua dari kiri) ketika berucap sebagai panel diundang khas Sidang Kemuncak Keselamatan Asia anjuran IIIS di Singapura semalam. - Foto Wisma Putra
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Pemimpin rantau Asia Tenggara seharusnya lebih kreatif dalam mencari jalan penyelesaian krisis politik dan kemanusiaan di Myanmar yang telah berlaku lebih setahun lalu.

Perkara itu antara YANG disentuh oleh Menteri Luar, Datuk Seri Saifuddin Abdullah ketika diundang khas sebagai ahli panel Sidang Kemuncak Keselamatan Asia di Singapura semalam.

“Saya mengulangi keperluan untuk ASEAN mencari cara baharu dan kreatif yang inklusif serta komprehensif kerana isu Myanmar kebelakangan ini kurang mencapai kemajuan,” katanya.

Persidangan tahunan sejak 2002 itu yang turut dikenali sebagai Dialog Shangri-La dianjurkan badan pemikir global, Institut Kajian Strategik Antarabangsa (IIIS) berpusat di London, Britain.

Krisis di Myanmar tercetus apabila kaunselornya, Aung San Suu Kyi digulingkan junta tentera pada 1 Februari 2021 kerana didakwa menang pilihan raya umum 2020 secara taktik kotor.

Mengulas lebih lanjut, beliau dalam nada kecewa mendedahkan perkembangan pelaksanaan Konsensus Lima Perkara yang ditetapkan ASEAN tahun lalu untuk Myanmar amat perlahan.

Kekesalan beliau itu turut disokong oleh Utusan Khas Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB), Dr. Noeleen Heyzer yang juga antara panel diundang pihak IIIS pada kali ini.

“ASEAN mesti kembali kepada ‘papan lukisan’ yang rapi dan menilai semula peta solusi lebih terperinci untuk mencapai segala konsensus itu dalam jangka masa sesuai,” jelas Saifuddin.

Malangnya ujar beliau, konsensus itu tidak melibatkan pemegang kepentingan tepat apabila mengetepikan Suu Kyi dan bekas presidennya, Win Myint yang juga ditumbangkan oleh junta.

Malahan beliau hairan, konsensus itu tiada langsung penyertaan daripada Kerajaan Perpaduan Nasional (NUG) dalam buangan dan Majlis Perundingan Perpaduan Kebangsaan (NUCG).

Lebih dikesali, Heyzer diketepikan Kemboja selaku Pengerusi ASEAN 2022 apabila Utusan Khas blok itu ke Myanmar, Prak Sokhon menemui junta secara senyap tanpa ada wakil PBB.

Sedangkan katanya, pembabitan semua pihak yang berkepentingan itu membolehkan tiada halangan atau diskriminasi bantuan kemanusiaan merentasi sempadan oleh badan bebas

“Justeru, ASEAN mesti membangunkan pendekatan baharu termasuk bagi melindungi orang awam terutama etnik Rohingya yang melarikan diri akibat ditindas di Myanmar,” tambahnya.

Saifuddin berharap isu itu dapat ditekankan menjelang persidangan antarabangsa mengenai hak pendidikan bagi pelarian global yang akan dibuat di Kuala Lumpur pada Oktober ini.

Program dianjurkan Panel Bebas Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) itu tentunya kata beliau, bakal menjadikan contoh kes di Myanmar sebagai rujukan. – UTUSAN

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya