Anwar gesa cari jalan selesai isu bekalan ikan 

Anwar gesa cari jalan selesai isu bekalan ikan 

ANWAR IBRAHIM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa kerajaan mencari jalan terbaik bagi menyelesaikan isu berkaitan bekalan sektor perikanan di negara ini. 

Pengerusi Pakatan Harapan (PH) itu berkata, perkara tersebut ternyata mendukacitakan kerana ia memberi kesan mendalam kepada golongan nelayan dan keluarga mereka untuk meneruskan kelangsungan hidup. 

“Saya meneliti laporan akhbar terkait kewujudan orang tengah yang mengawal rantaian bekalan sektor perikanan negara sehingga menjadi punca harga dan bekalan ikan dan produk akuakultur di negara ini tidak stabil.

“Kerajaan menerusi Kementerian terlibat perlu menyatakan pendirian terkait perkara ini sekali gus mencari jalan untuk merungkai permasalahan yang berlaku dan menawarkan jalan penyelesaian.

“Usah biarkan sindiket orang tengah mendominasi bekalan sektor perikanan dan terus menekan golongan nelayan di negara ini,” katanya dalam satu hantaran di Facebook, hari ini. 

Utusan Malaysia sebelum ini melaporkan, negara berdepan krisis be­kalan ikan apabila jumlah simpanan sumber protein itu didakwa cuma tinggal 322 tan metrik berbanding keperluan harian 4,000 tan metrik. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya