Amanah persoal MRT Corp. beri layanan VVIP pada Najib

Amanah persoal MRT Corp. beri layanan VVIP pada Najib

GAMBAR dimuat naik Najib Tun Razak di dalam laman Facebooknya memaparkan beliau (kemeja putih) menaiki tren MRT Corp semalam. - FB NAJIB RAZAK
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LUMUT: Pemuda Amanah Perak mempersoal tindakan Mass Rapid Transit Corporation Sdn. Bhd. (MRT Corp.) memberi layanan istimewa kepada Datuk Seri Najib Tun Razak menaiki tren syarikat itu sebelum dirasmikan pemimpin tertinggi negara.

Pengarah Komunikasinya, Mohd. Ikhmal Mohd. Iskandar berkata, persoalan itu dilontarkan pihaknya selepas bekas Perdana Menteri itu memuat naik video dia menaiki tren Projek Transit Aliran Massa (MRT) laluan Putrajaya dalam Facebooknya petang semalam.

Dalam video itu, kelihatan Najib diiringi pegawai kanan MRT Corp menaiki tren yang belum dibuka kepada umum itu lagi dan diberi penerangan mengenai perkhidmatan tersebut.

“Bolehkah pihak MRT Corp. memberitahu kepada orang ramai apakah merit untuk membenarkan seorang pesalah yang telah dijatuhkan hukuman untuk menaiki MRT laluan Putrajaya sebelum pelancaran?

“Adakah pihak MRT Corp. terlepas pandang atau memperlihat MRT Corp. seolah-olah bersetuju terhadap kesalahan jenayah yang beliau (Najib) lakukan sepanjang menjawat jawatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan?” katanya dalam kenyataan hari ini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN