Aidiladha disambut  Ahad, 10 Julai

Aidiladha disambut  Ahad, 10 Julai

MOHD. ASERAL JUSMAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Umat Islam di seluruh Malaysia dijadual menyambut Hari Raya Aidiladha pada 10 Julai ini.

Pengumuman pengisytiharan itu dibuat oleh Penolong Setiausaha Majlis Raja-Raja, Mohd. Aseral Jusman malam ini.

“Bismillahirrahmanirrahim. Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh.

“Bagi menyempurnakan titah perintah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, setelah diperkenankan oleh Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja, maka saya bagi pihak Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Malaysia dengan ini mengisytiharkan bahawa 1 Zulhijjah 1443 Hijrah ialah pada hari Jumaat 1 Julai 2022 Masihi.

“Oleh yang demikian, Hari Raya Korban 10 Zulhijjah bagi negeri-negeri seluruh Malaysia ialah pada hari Ahad, 10 Julai 2022 Masihi. Sekian,” katanya.

Beliau berkata demikian menerusi pengumuman rasmi yang disiarkan di saluran televisyen tempatan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya