Ahmad Zahid tidak perlu layan desakan Tajudin

Ahmad Zahid tidak perlu layan desakan Tajudin

NIK DIR NIK WAN KU
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU: Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi tidak perlu melayan desakan berundur oleh Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO yang baru digugurkan, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman.

Sebaliknya, Ketua Penerangan Badan Perhubungan UMNO Terengganu, Datuk Nik Dir Nik Wan Ku berkata, Ahmad Zahid perlu kekal memimpin parti membawa kejayaan yang lebih besar dan kejayaan cemerlang dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

“UMNO Terengganu selari dengan Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan dengan tegas mempertahan kedudukan Ahmad Zahid sebagai Presiden parti kerana pelbagai kejayaan dicipta parti di bawah kepemimpinannya,” katanya dalam satu kenyataan, di sini, hari ini.

Akhbar baru-baru ini melaporkan, Tajuddin mendakwa Ahmad Zahid tidak layak memimpin UMNO dan perlu undur diri secara terhormat.

Tajuddin ditamatkan pelantikan sebagai ahli MKT UMNO melalui surat yang ditandatangani oleh Setiausaha Agung UMNO, Ahmad Maslan pada 21 Jun lalu.

Pada masa sama, Nik Dir berkata, UMNO Terengganu mengajak semua ahli dan penyokong parti mengiktiraf kejayaan parti di bawah pimpinan Ahmad Zahid sebelum ini.

Menurutnya, antara kejayaan tersebut adalah kemenangan dalam tujuh pilihan raya kecil (PRK) serta pilihan raya negeri (PRN) di Melaka dan Johor.

Malah tambahnya, pencapaian lain pula kejayaan mengambil alih kerajaan Perak dan kemenangan rakan  BN di Sarawak, Gabungan Parti Sarawak (GPS) menang 76 daripada 82 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN).

“Kejayaan paling besar (Ahmad Zahid) menaikkan Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menjadi Perdana Menteri,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN