ubah suai rumah

Ada permit ubah suai rumah, lapor jika ada rasuah -MPK

TANGKAP layar potongan video dibuat seorang individu tular apabila mendakwa pegawai MPK mengambil rasuah apabila meluluskan kerja-kerja pengubahsuaian rumah di Klang, Selangor, baru-baru ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KLANG: Individu yang mendakwa wujud jenayah rasuah dalam kalangan Majlis Perbandaran Klang (MPK) berhubung kerja-kerja pengubahsuaian rumah seperti video tular dalam media sosial baru-baru ini digesa tampil membuat laporan kepada pihak berkuasa.

Pengarah Komunikasi Korporat MPK, Norfiza Mahfiz dalam satu kenyataan memaklumkan, permit ubah suai dan pelan rumah berkenaan diluluskan selepas dikeluarkan perunding pada 2012 dan mendapat persetujuan jiran di kawasan perumahan terbabit.

“Aduan yang dikemukakan oleh pengadu selepas kelulusan diberi sudah diambil tindakan oleh MPK. Selain itu, perunding telah dilantik bagi mengenal pasti punca keretakan dan perakuan kekukuhan struktur tambahan rumah tersebut,” katanya

Terdahulu, tular sebuah video berdurasi lebih tujuh minit bertajuk ‘MPK Rasuah, hancurkan rumah saya’ yang memaparkan seorang individu menunjukkan keadaan rumahnya yang mengalami kerosakan akibat pengubahsuaian rumah jirannya.

Tegas Norfiza, MPK mengalu-alukan individu itu membuat laporan untuk melakukan siasatan ke atas mana-mana kakitangan yang disyaki.

“Kami sememangnya sentiasa menjunjung tinggi prinsip ketelusan dan integriti. MPK juga tidak akan berkompromi dalam isu melibatkan rasuah dan salah guna kuasa.

“Bagaimanapun, MPK tidak akan teragak-agak memfailkan tindakan undang-undang ke atas individu yang mengeluarkan kenyataan berbaur fitnah seumpama itu terutama melibatkan pengurusan tertinggi, pegawai dan kakitangan MPK terutama tuduhan rasuah atau salah laku moral lain,” tegasnya. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN