8 peserta himpunan haram turun harga barang beri keterangan 

Lapan peserta himpunan haram turun harga barang beri keterangan 

TANGKAP layar video sekumpulan peserta yang terlibat dalam himpunan 'Flashmob Turunkan Harga Barang' berhampiran bulatan Seberang Jaya, Pulau Pinang, Jumaat lalu.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BUKIT MERTAJAM: Polis mengenal pasti kira-kira 30 peserta yang terlibat dalam himpunan haram ‘Flashmob Turunkan Harga Barang’, berhampiran bulatan Seberang Jaya dekat sini, kira-kira pukul 5 petang, Jumaat lalu.

Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Mohd. Shuhaily Mohd. Zain berkata, selain peserta, penganjur himpunan terbabit juga dikenal pasti.

Menurut beliau, ketika ini, saki-baki peserta yang terlibat masih diburu polis.

“Setakat ini juga, kita menahan dan merakam keterangan lapan daripada peserta himpunan berkenaan. Sebaik sahaja kertas siasatan mengenai kes ini selesai, kita akan serah kepada pendakwa raya untuk arahan selanjutnya,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Dalam himpunan yang dianggarkan berlangsung hampir setengah jam itu, pelbagai plakad dinaikkan peserta himpunan tersebut bagi menarik perhatian pengguna jalan raya yang melalui kawasan itu.

Mengulas lanjut, kata Mohd. Shuhaily, kes itu diklasifikasikan sebagai perhimpunan haram kerana penganjur tidak memiliki permit yang sah untuk berhimpun.

“Kita akan buka kertas siasatan untuk kes ini di bawah Seksyen 9(1) Akta Perhimpunan Aman 2012 yang jika sabit kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM10,000,” ujarnya. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.