40 peratus pengurangan sisa menjelang 2025 - Alam Flora

40 peratus pengurangan sisa menjelang 2025 – Alam Flora

AZAHARI Zainal Abidin (dua dari kanan) bersama pemenang pasukan dari kategori para Bloggers yang berjaya tamatkan aktiviti Pemburuan Kelestarian (Sustainability Hunt) 2022 anjuran Alam Flora di sekitar Taman Tugu, Petaling Jaya, Selangor, hari ini. - FOTO/AMIR KHALID
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Alam Flora Sdn. Bhd. (Alam Flora) menyasarkan sebanyak 40 peratus pengurangan sisa di tapak pelupusan sampah menjelang tahun 2025.

Ketua Pegawai Operasinya, Azahari Zainal Abidin berkata, sasaran tersebut mampu dicapai menerusi pelbagai kempen kesedaran dan program pengalihan sisa dari tapak pelupusan.

Selain itu katanya, sasaran tersebut mampu dicapai menerusi perancangan pembinaan Fasiliti Inovasi Kitar Semula (FIKS) pada masa akan datang.

“Sekarang ini kita telah capai sasaran sebanyak 32 peratus. Kita ada tiga tahun lagi. Insya Allah boleh tercapai .

“FIKS kita lihat apat sesuai di Kuala Lumpur dan Kuantan, Pahang. Perbincangan telah dibuat dengan pihak berkuasa tempat (PBT). Kita harap kelulusan dapat tahun ini dan proses untuk membangunkan FIKS dapat  dilaksanakan dalam masa 12 hingga 18 bulan lepas dapat kelulusan ,” katanya ketika ditemui dalam program Sustainability Hunt 2022 di Taman Tugu semalam.

Dalam pada itu, Azahari berkata, program tersebut dilaksanakan sebagai salah satu cara untuk memberi kesedaran kepada masyarakat untuk bersama menjaga bumi melalui amalan kelestarian.

“Objektif kita melaksanakan program ini adalah untuk memberi kesedaran tentang mengurangkan jejak karbon, kesan pelepasan gas rumah hijau dan metana terhadap alam sekitar dan bagaimana cara untuk mengurangkan pelepasan karbon dalam kita melakukan aktivti harian melalui amalan tersebut.

“Selain itu, kita juga mahu masyarakat bersama membantu mencapai matlamat untuk mengurangkan sisa kitar semula yang dihantar ke tapak pelupusan sampah kepada 40 peratus menjelang 2025,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya